TERMA & SYARAT - KEMPEN HARI ROTI SEDUNIA 2022

CARA-CARA MENYUMBANG BUKU ROTI KEPADA GOLONGAN YANG MEMERLUKAN SEMPENA KEMPEN HARI ROTI SEDUNIA 2022

Cara 1: “Like” posting - Kempen Hari Roti Sedunia 2022.

Cara 2: “Comment” – “Saya ingin menyumbang sempena Hari Roti Sedunia 2022” dalam posting Kempen Hari Roti Sedunia 2022.

Cara 3: “Share” posting - Kempen Hari Roti Sedunia 2022.

 

TERMA & SYARAT - KEMPEN HARI ROTI SEDUNIA 2022

  1. Kempen Hari Roti Sedunia hanya akan dijalankan di laman facebook rasmi - Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd (@GardeniaKL)

  2. Setiap ‘Like’ bersamaan dengan menyumbang 1 buku roti. 1 ‘like’, 1 ‘komen’ dan 1 ‘share’ bersamaan dengan menyumbang 3 buku roti.

  3. Setiap penyumbang hanya boleh menyumbang sebanyak 3 buku roti sahaja.

  4. Tempoh Kempen Hari Roti Sedunia ini adalah dari 15 Oktober – 20 Oktober 2022.

  5. Untuk setiap like/comment/share, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. akan berikan sebuku roti untuk membantu golongan yang memerlukan.

  6. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. akan mendermakan Roti Original Classic 400g kepada rumah terpilih ini:

    1. Rumah Amal Haruman Kasih, 32400 Ayer Tawar, Perak.
    2. Baitul Mahabbah, 35900 Tanjong Malim, Perak.
    3. Pusat Jagaan Kesayangan Mumtahanah, 15400 Kota Bharu, Kelantan.
    4. Pusat Jagaan Kanak-kanak Insan Berkat, 08000 Sungai Petani, Kedah.
    5. Rumah Kebajikan Orang-orang Tua Seri Permai, 25150 Kuantan, Pahang.
    6. Rumah Kasih Nurul Hasanah, 68000 Ampang, Selangor.
    7. Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Dan Anak Yatim Victory, 76100 Durian Tunggal, Melaka.
    8. Persatuan Rumah Kebajikan Rita, 42200 Kapar, Selangor.
    9. Persatuan Rumah Caring Kajang, 43000 Kajang, Selangor.
    10. Pusat Jagaan Kanak-Kanak Istimewa Cerdik, 41200 Klang, Selangor.
  7. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. akan menyumbangkan sehingga 10,000 (maksimum) buku roti kepada rumah-rumah terpilih di atas.

  8. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. mempunyai hak mutlak pada bila-bila masa untuk mengubah, menangguhkan, menjadualkan semula, melanjutkan atau menamatkan Kempen “KEMPEN HARI ROTI SEDUNIA 2022”

  9. Gardenia Bakeries (KL) Sdn.Bhd.juga mempunyai hak mutlak untuk mengubah suai Terma & Syarat ini pada bila-bila masa, tanpa memberi sebarang notis.