GARDENIA CARES

1. Khidmat Masyarakat

Setiap hari, Gardenia menghantar roti segar percuma kepada lebih 81 pertubuhan kebajikan seperti rumah orang tua, rumah anak yatim, pusat dan sekolah untuk pelajar pendidikan khas, dengan lapan daripadanya telah menerima penghantaran percuma Gardenia sejak tahun 1991.

2. Program Bag-2-School

Melalui program Bag-2-School, Gardenia KL ingin mengembalikan keterujaan anak-anak kita untuk kembali ke sekolah dan belajar merealisasikan potensi sebenar mereka dengan peluang sama rata dengan yang lain. Sejak tahun 2015, Gardenia telah mengagihkan beg sekolah kepada para pelajar sekolah yang terpilih setiap tahun. Inisiatif ini dilakukan bagi membantu mengurangkan beban anak-anak B40 dan keluarga mereka, sekaligus membantu merintis jalan demi masa depan yang lebih cerah buat mereka.

3. Bencana Alam

Melalui rangkaian penghantaran kami yang luas, Gardenia KL dapat tiba ke daerah-daerah terpencil dengan lebih cepat. Kelebihan ini membolehkan pasukan #GardeniaCares kami menawarkan bantuan yang lebih menyeluruh kepada masyarakat setempat terutamanya ketika bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.

4. Bulan Pemakanan Malaysia

Bulan Pemakanan Malaysia disambut setiap bulan April di negara ini. Sebagai pengeluar roti terbesar di Asia Tenggara, Gardenia telah menggunakan platform ini untuk mempromosi dan melengkapkan para pengguna dengan informasi tentang pemakanan dan gaya hidup sihat sejak 2009.

5. Lawatan Kilang Gardenia ‘Bread Time Story’

Pada tahun 1991, kami telah membuka pintu kilang kami kepada orang awam untuk berkongsi perjalanan, aspirasi dan kemajuan kami bersama para pengguna. Lawatan Kilang Gardenia ‘Bread Time Story’ ini dijalankan secara percuma. Sehingga hari ini, kami telah menerima lebih 40,000 pengunjung setiap tahun, yang terdiri daripada pelajar sekolah dan orang awam.

6. Hari Roti Sedunia

Gardenia telah memulakan sambutan Hari Roti Sedunia pada tahun 2018 dengan melibatkan para pengguna dalam sebuah kempen untuk menyokong 20 organisasi kebajikan. Sambutan ini telah menjadi suatu tradisi yang amat dekat di hati seluruh warga Gardenia.

7. Program Bantuan RM1 juta Covid-19

Pada awal tahun 2020, Gardenia KL telah memperuntukkan bantuan bernilai lebih RM1 juta untuk komuniti. Bantuan dalam bentuk hamper produk ini telah diagihkan dalam beberapa fasa ke seluruh Semenanjung Malaysia, golongan isi rumah B40, petugas barisan hadapan, keluarga-keluarga Orang Asli dan pelajar-pelajar di bawah program Food Bank Siswa.

8. Wellness Begins at Home (Kesejahteraan Bermula Dari Rumah)

Menyedari akan peningkatan kes kesihatan mental di kalangan komuniti dan bagaimana kesan pandemik ini memberi impak yang mendalam terhadap masyarakat di negara kita, Gardenia KL bersama Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA), telah menganjurkan perbincangan secara lansung melalui laman Facebooknya bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2021.

Perbincangan itu berdasarkan penemuan daripada kaji selidik yang dijalankan oleh Cilisos Media (rakan komuniti Gardenia) mengenai cara rakyat Malaysia menyesuaikan diri dengan perintah kawalan pergerakan yang mana ianya telah mengenal pasti terdapatnya tanda amaran kesihatan yang kita sering terlepas pandang. Sebagai jenama yang prihatin terhadap masyarakat, Gardenia telah mengadakan perbincangan mengenai kesihatan mental ini, di mana pakar-pakar terbabit telah berkongsi pelbagai petua tentang pentingnya persekitaran yang lebih sihat untuk membantu masyarakat menjalani kehidupan norma baharu.

‘Wellness Begins At Home’ (Kesejahteraan Bermula Dari Rumah) Gardenia dibincangkan menerusi forum yang disiarkan secara langsung di laman Facebook @GardeniaKL bersama para aktivis kesihatan mental; Aktivis Selebriti Kesihatan Mental dan Penaung MIASA, Che Puan Sarimah Ibrahim; Aktivis Kesihatan Mental dan Presiden dan Pengasas MIASA, Anita Abu Bakar, dan Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam Gardenia KL, Hazlinah Harun.

Gardenia ingin memastikan bahawa perbincangan tentang kesihatan mental diteruskan, terutamanya dalam kalangan ahli keluarga di rumah.

Tonton video penuh perbincangan secara lansung Wellness Begins at Home (Kesejahteraan Bermula Dari Rumah) di sini:
https://www.youtube.com/watch?v=ikSLrOlNqko