Tentang Kami

Ditubuhkan pada tahun 1986, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (Gardenia KL) adalah sebuah usahasama antara QAF Limited, iaitu sebuah syarikat kumpulan makanan tersenarai di Singapura yang juga mengusahakan Gardenia Singapura, Gardenia Filipina, dan Padiberas Nasional Berhad Malaysia.

Kilang kami beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu bagi memastikan para pengguna dapat menikmati produk-produk Gardenia yang segar setiap hari.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd - Tentang Kami
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd - Sejarah

Sejarah

Sejarah kami bermula seawal tahun 1969 apabila Perbadanan Perkhidmatan Eksekutif Antarabangsa (IESC) menghantar Horatio Sye Slocumn, seorang rakyat Amerika Syarikat, yang membawa pengalaman membuat roti selama 35 tahun dari sebuah rangkaian bakeri terkemuka Amerika, ke Malaysia.

Hari ini, Gardenia adalah pengilang roti terbesar di Asia Tenggara. Kami mengusahakan kilang-kilang roti di Malaysia dan mengeluarkan 53 jenis produk setiap hari, termasuklah roti, ban, roti berinti krim, kek, wafel, wrap dan produk-produk lain seperti lepa serta mee kuning.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd - Pensijilan dan Pencapaian

Pensijilan dan Pencapaian

2021 merupakan ulangtahun ke-35 sejak produk pertama Gardenia dikeluarkan. Semenjak itu, pelbagai kejayaan serta pencapaian telah diperolehi Gardenia saban tahun.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd - Pensijilan

Pensijilan

  • 2002: Diiktiraf dengan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001, SIRIM QAS International Sdn Bhd

  • 2005: MS 1480:1999 – Keselamatan Makanan mengikut Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP), SIRIM QAS International Sdn Bhd.2020:

  • 2020: Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan ISO22000:2018.

2022
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd | Achievements
2001
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd | Achievements

Pencapaian