TERMA & SYARAT – PERADUAN RAIKAN MERDEKA KE-66 BERSAMA NUMEE GARDENIA

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN RAIKAN MERDEKA KE-66 BERSAMA NUMEE GARDENIA

Langkah 1: Like dan Follow Facebook Rasmi NuMee Gardenia

Langkah 2: Beli mana-mana produk NuMee Gardenia bernilai RM6.60 ke atas dalam satu resit. (simpan resit sebagai bukti pembelian)

Langkah 3: Lengkapkan slogan di bahagian komen post peraduan dan tag 2 rakan: “Saya memilih NuMee Gardenia sebagai hidangan Hari Kebangsaan kerana.. (tidak melebihi 20 patah perkataan)

Langkah 4: Kongsi post Peraduan di wall anda beserta hashtag #MerdekaBersamaNuMee

 

TERMA & SYARAT – PERADUAN RAIKAN MERDEKA KE-66 BERSAMA NUMEE GARDENIA

Tempoh bagi peraduan ini bermula pada 1hb Ogos 2023 – 31hb Ogos 2023.

  1. Hantarkan penyertaan anda di ruangan komen post Peraduan sebelum 11.59pm, 31hb Ogos 2023. Sebarang penyertaan yang diterima selepas 31hb Ogos 2023 tidak akan dilayan.

  2. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara yang bermastautin di Semenanjung Malaysia sahaja (tidak termasuk Sabah & Sarawak) dan berumur 18 tahun ke atas.

  3. Peraduan ini hanya sah di platform Facebook NuMee Gardenia sahaja iaitu: https://www.facebook.com/numeegardeniaofficial/

  4. Peserta hendaklah mengikuti kesemua Langkah - Langkah ‘Cara Penyertaan Peraduan Raikan Merdeka Ke-66 Bersama NuMee Gardenia’ seperti yang dinyatakan di atas.

  5. Penyertaan yang tidak jelas/ tidak lengkap atau/dan tidak mematuhi kesemua terma & syarat yang telah ditetapkan akan dibatalkan/ hilang kelayakan.

  6. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Namun, hanya SATU penyertaan anda sahaja yang akan dinilai dan layak untuk memenangi hadiah wang tunai sepanjang tempoh peraduan dari 1hb Ogos 2023 – 31hb Ogos 2023, jika dipilih.

  7. Pihak NuMee akan memilih lima puluh (50) orang pemenang sahaja untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM2,500.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Lima Ratus sahaja).

  8. Para pemenang akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh sahaja), setiap seorang.

  9. Pihak NuMee akan membuat pengumuman pemenang di bahagian komen post peraduan pada 11hb September 2023.

  10. Pihak NuMee akan memilih pemenang berdasarkan kriteria di bawah:

    1. Slogan yang kreatif
    2. Pemenang akan diminta untuk berkongsi resit pembelian NuMee Gardenia sekurang-kurangnya bernilai RM6.60
    3. Setiap langkah yang disenaraikan haruslah diikuti seperti dinyatakan di atas. Sila rujuk CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN RAIKAN MERDEKA BERSAMA NUMEE GARDENIA untuk maklumat lanjut.
  11. Pemenang dikehendaki untuk PM (Private Message) maklumat mereka dalam tempoh tiga (3) hari setelah pengumuman dibuat untuk tujuan penebusan hadiah. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

    1. Nama Penuh seperti yang tertera pada Kad Pengenalan
    2. Nombor & salinan Kad Pengenalan (Sebagai langkah keselamatan, jangan lupa silangkan dan tuliskan ‘Untuk Kegunaan Peraduan Raikan Merdeka Bersama NuMee pada salinan Kad Pengenalan)
    3. Nombor Telefon
    4. Nama Bank dan nombor akaun
  12. Hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM2,500.00 tidak boleh dipindah milik.

  13. Sekiranya pihak NuMee tidak menerima sebarang maklum balas mengenai maklumat daripada pemenang dalam tempoh tiga (3) hari setelah pengumuman dibuat, pihak NuMee berhak untuk memilih pemenang yang lain sebagai ganti.

  14. Keputusan pihak NuMee dalam semua perkara berkaitan peraduan ini adalah muktamad. Sebarang rundingan mahupun surat menyurat tidak akan dilayan.

  15. Pihak NuMee berhak untuk menukar, membatalkan dan/atau menamatkan penyertaan peserta, tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu.

  16. Pihak NuMee tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang akan terjadi kepada peserta sepanjang tempoh peraduan ini.

  17. Pihak NuMee berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat dan gambar pemenang untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi, atau untuk mengumumkan nama pemenang dalam media cetak dan media elektronik.

  18. Semua peserta mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap.

  19. Peserta juga memahami segala terma dan syarat peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhinya.

  20. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. bagi tujuan pemprosesan dan juga tidak dihadkan kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti pemasaran berkenaan produk dan tawaran terbaru kami berserta sebarang tujuan pengemaskinian yang diperlukan oleh pihak kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/ms/polisi-dan-privasi