Perlindungan Data Peribadi

Tuan/Puan

Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010 mula berkuatkuasa pada 15 November 2013. Objektif PDPA ialah untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Ia meliputi bidang bagaimana data peribadi anda digunakan dan apa hak yang anda ada atas penggunaan data peribadi anda. Di pihak kami, kami perlu memaklumkan anda mengapa kami mengumpul data peribadi anda, bagaimana kami menggunakannya dan berkongsi dengan mana-mana pihak lain (Jika ya, maka dengan siapa).

Kebenaran anda diperlukan untuk memproses dan menggunakan data peribadi anda. Kami percaya anda bersetuju dengan terma berkenaan di atas berkaitan pemprosesan kami dan penggunaan data peribadi anda. Kami akan terus berhubungan dengan anda dengan tawaran terbaru kami, produk dan sebarang kemaskini.

Pada bila-bila masa anda boleh membuat permintaan untuk mengakses atau menghadkan pemprosesan dan penggunaan Data Peribadi anda, termasuk untuk mengelakkan penggunaan atau pemprosesan Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung. Jika anda ingin berbuat demikian, sila hubungi kami seperti berikut:

Jawatan: Senior Manager, Marketing Department
Alamat Emel: pdpa-marketing@gardenia.com.my
Telefon: +6-03-55423228
Fax: +6-03-55423213
Waktu Operasi: 8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin - Jumaat, kecuali Cuti Am)

Jika anda tidak menghubungi kami dalam tempoh empat belas (14) hari selepas penerimaan emel ini, kami menganggap bahawa anda telah bersetuju dan membenarkan penggunaan berterusan dan pemprosesan data peribadi anda.

Terima kasih.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Ini adalah surat yang dijana komputer, oleh itu tandatangan tidak diperlukan.

NOTIS DATA PRIVASI

Pelanggan dan Pembekal yang dihormati,

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 atau "PDPA" yang berkuatkuasa pada 15 November 2013 bertujuan untuk melindungi data peribadi individu (sebagaimana yang ditakrifkan dalam PDPA 2010) yang berada dalam milikan pihak ketiga. PDPA mengawal pemprosesan data peribadi di Malaysia dan memerlukan kami untuk memberitahu anda mengenai perkara- perkara yang berkaitan dengan data peribadi anda yang sedang diproses, atau yang akan dikumpulkan dan diproses oleh kami selanjutnya.

Oleh itu, kami ingin memaklumkan anda bahawa data peribadi yang anda berikan kepada Gardenia dalam urusan peribadi atau perniagaan anda dengan Gardenia digunakan atau boleh digunakan, antara lain, bagi maksud yang berikut (jika berkenaan): -

Anda bersetuju bahawa Gardenia boleh memproses, mendedahkan atau menggunakan maklumat anda menurut Polisi Privasi kami di bawah. Sila ambil perhatian bahawa apabila anda memberikan butiran anda kepada kami, anda akan dianggap mempunyai pengetahuan dan bersetuju untuk terikat dengan terma-terma Polisi Privasi kami.

Polisi Privasi

Gardenia akan menganggap segala maklumat yang diterima oleh kami tentang anda sebagai sulit dan rahsia. Kami mungkin mendedahkan maklumat yang anda anggap sulit kepada pihak ketiga (termasuk sama ada di Malaysia atau di luar negara) tetapi tidak terhad kepada syarikat pemilik Gardenia, syarikat induk langsung atau tidak langsung, anak-anak syarikat, bersekutu, yang berkaitan dan syarikat yang berhubungan dan juga anak-anak syarikat mereka, bersekutu dan syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa ("Kumpulan"), ejen, kontraktor, rakan kongsi, pengiklan, perunding, pengendali rangkaian, mana-mana pihak penguatkuasaan peraturan atau institusi kewangan yang berkaitan, mengikut mana yang berkenaan, mana-mana orang lain yang diberi tugas penyimpanan rahsia kepada Gardenia, dan mana-mana pemegang serah hak atau pemindah hak Gardenia untuk menggunakan, mendedahkan, memegang, memproses, mengekalkan atau memindahkan Data Peribadi untuk dan bagi pihak Gardenia.

Kami tidak akan mendedahkan apa-apa maklumat yang kami simpan tentang anda kepada orang lain kecuali:

  1. apabila dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang;
  2. di mana ia adalah perlu untuk berbuat demikian bagi menyelesaikan transaksi dengan anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa pembekalan barang-barang dan perkhidmatan; atau
  3. atas permintaan atau dengan kebenaran anda.

Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda mungkin mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat yang kami simpan tentang anda, atau mempunyai maklumat yang tidak tepat diperbetulkan. Sila hantar notis bertulis kepada Gardenia menunjukkan perkara yang sama melalui pos berdaftar atau e-mel ke alamat berkenaan yang digariskan di bawah "Maklumat Hubungan" dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat ini. Anda bersetuju bahawa kami boleh memproses, mendedahkan atau menggunakan mana-mana maklumat yang kami simpan tentang anda di lokasi di Malaysia atau di luar Malaysia bagi maksud yang dijangkakan dalam notis ini.

Kami boleh menyimpan dokumen bagi pihak anda dalam format elektronik atau digital selama 7 tahun. Jika anda ingin kami memusnahkan atau membuang rakaman dokumen, kami tidak mampu untuk memusnahkan salinan dokumen yang tersimpan di dalam cakera keras atau di mana-mana sistem lain di mana data itu disimpan hanya untuk tujuan pemulihan bencana.

Pindaan Polisi Privasi

Gardenia akan mengkaji semula dasar privasi dari semasa ke semasa dan membuat perubahan yang perlu mengikut perubahan dalam undang-undang atau operasi.

Maklumat Perhubungan

Kami boleh dihubungi:

Melalui pos:

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd
For Gardenia Group of Companies
Lot 3 Jalan Pelabur 23/1
40300 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan