Perihal Halal

Premis-premis pengeluaran dan produk-produk Gardenia KL telah menerima sijil pengesahan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebuah agensi kerajaan persekutuan yang mengurus tadbir pensijilan Halal di Malaysia, dan dimasukkan ke dalam senarai putih Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), iaitu satu senarai syarikat-syarikat yang komited dalam mematuhi keperluan pensijilan Halal di Malaysia. Pemeriksaan kilang dilakukan secara berkala oleh JAIS dan pihak-pihak berkuasa lain untuk memastikan keseluruhan operasi menepati piawaian ketat mereka. Pada tahun 1994, Gardenia KL telah menubuhkan Jawatankuasa Halal Dalaman untuk meneliti segala aspek peraturan Halal bagi memastikan semua garis panduan syarak benar-benar dipatuhi. Sebagai langkah tambahan, Gardenia KL telah melantik sebuah badan Penasihat Syariah Bebas sebagai sumber rujukan dalam hal-hal berkaitan hukum Syariah.

Sistem Jaminan Halal

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd - Bahan Mentah

Bahan Mentah

  • Daripada sumber yang terjamin Halal.

  • Kesemua bahan ramuan baru perlu mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Halal Dalaman.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd -  Pembelian

Pembelian

  • Memastikan pihak pembekal mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.

  • Audit yang terperinci dilakukan di kilang pihak pembekal.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd - Kilang Gardenia

Kilang Gardenia

  • Kesemua kilang beroperasi mengikut standard Manual Pensijilan Halal Malaysia dan ISO 22000.

  • Mendapat pengiktirafan sebagai syarikat yang tersenarai dalam kategori “White List” oleh JAIS.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd - Kawasan Penyimpanan/ Pengedaran

Kawasan Penyimpanan/ Pengedaran

  • Pengedaran produk berpusat yang dikendalikan oleh pekerja sendiri di Kilang Gardenia Bukit Kemuning.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd - Pengangkutan

Pengangkutan

  • Menggunakan kenderaan sendiri dan diuruskan oleh pihak Gardenia.

  • Mengelakkan daripada berlakunya sebarang pencemaran silang kepada produk-produk.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd -  Pemasaran

Pemasaran

  • Memasarkan 100% produk Halal.

  • Pengagihan ke kedai-kedai oleh jurujual Gardenia & dipamerkan di rak khas roti.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd - Pengguna

Pengguna

  • Berpeluang menikmati produk yang Halal, berkualiti tinggi dan selamat untuk dimakan.

Bagi mengawal dan memelihara status halal kami, juga kebajikan untuk kakitangan, kami dengan tegasnya tidak membenarkan sebarang makanan luar dibawa masuk ke premis syarikat. Sebaliknya, Gardenia mempunyai tukang-tukang masak sendiri yang menyediakan pelbagai sajian harian percuma kepada kakitangan-kakitangannya 24 jam sehari.