TERMA & SYARAT MENGUNDI SECARA PERCUMA

  1. Kempen undian ini berlangsung mulai jam 12.00 tengah malam pada 30 Oktober hingga 20 November 2022 (Peringkat awal Top 20) dan 5 hingga 25 Disember 2022 (Peringkat Top 5)
  2. Setiap pengundi diwajibkan untuk mendaftar maklumat peribadi seperti Nama, Nombor Telefon dan alamat emel sebelum memulakan undian.
  3. Setiap pengundi akan diberi peluang mengundi sebanyak 20 kali bagi 20 kategori/selebriti.
  4. Setelah selesai satu pusingan mengundi, sistem undian akan log keluar secara automatik. Pengundi boleh meneruskan undian selepas 24 jam.
  5. Kakitangan dan ahli keluarga terdekat kumpulan New Straits Times Press (NSTP) dan Media Prima (MPB), syarikat penaja dan penganjur ABPBH 34 tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam undian ini.
  6. Tarikh tutup undian pada 20 November 2022, jam 11.59 malam (Peringkat awal Top 20) dan 25 Disember 2022, jam 11.59 (Peringkat Top 5)

*Untuk maklumat lanjut mengenai notis Perlindungan Data Peribadi, sila layari www.nstp.com.my/personal-data-protection-notice.

 

TERMA & SYARAT MENGUNDI – GARDENIA BREAKTHRU

  1. Gandaan undian melalui resit bukti pembelian Gardenia Breakthru mulai jam 12.00 tengah malam pada 30 Oktober hingga 20 November 2022 (Peringkat awal Top 20) dan 5 hingga 25 Disember 2022 (Peringkat Top 5)
  2. Setiap pengundi diwajibkan untuk mendaftar maklumat peribadi seperti nama, nombor telefon dan alamat emel sebelum memulakan undian
  3. Setiap pengundi akan diberi peluang mengundi dalam jumlah gandaan dengan setiap pembelian Gardenia Breakthru Roti Mil Penuh Dengan Gandum Ungu Kanada atau Gardenia Breakthru Roti Gandum Penuh.
  4. Setiap pengundi dikehendaki memuat naik resit bukti pembelian Gardenia Breakthru Roti Mil Penuh Dengan Gandum Ungu Kanada atau Gardenia Breakthru Roti Gandum Penuh sebelum memulakan undian
  5. Jumlah gandaan undian akan dikira / direkodkan secara automatik kepada 1 kategori/ calon pilihan selepas undian dibuat
  6. Setelah selesai mengundi, sistem undian akan log keluar secara automatik bagi tujuan keselamatan

 

PENGUNDIAN GANDAAN BAGI PENCALONAN AIS DENGAN LANGGANAN AKHBAR HM CETAK DAN DIGITAL

TERMA DAN SYARAT

Penganjur:

The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad [4485-H] [“Penganjur”].

Promosi:

Pengundian Gandaan Bagi Pencalonan AIS 2022 Dengan Langganan Akhbar Media Cetak dan Digital HM [“Promosi”].

Tempoh Promosi:

Kempen undian ini berlangsung mulai jam 12.00 tengah malam pada 30 Oktober hingga 20 November 2022 (Peringkat awal Top 20) dan 5 hingga 25 Disember 2022 (Peringkat Top 5)

Tarikh Tutup Promosi:

Tarikh tutup undian pada 20 November 2022, jam 11.59 malam (Peringkat awal Top 20) dan 25 Disember 2022, jam 11.59 (Peringkat Top 5)

Pengenalan:

  1. Syarat-syarat penyertaan ini akan mengikat semua Pengundi yang menyertai Promosi ini (selepas ini dirujuk sebagai “Pengundi”, “Anda”). Terma yang ditakrifkan boleh digunakan untuk bentuk tunggal dan majmuk mengikut keadaan.
  2. Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya, tanpa memberi notis terlebih dahulu, dan tanpa menanggung sebarang liabiliti terhadap sesiapa, pada bila-bila masa mengubah Terma dan Syarat termasuk mengubah Tempoh Promosi, membatalkan, menamatkan atau menggantung Promosi secara keseluruhan atau sebahagian. Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada Terma dan Syarat, Pengundi bersetuju bahawa penyertaan berterusan mereka dalam Promosi akan menandakan penerimaan mereka terhadap Terma dan Syarat (sebagaimana yang diubah).
  3. Keputusan Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Promosi termasuk pengiraan dan pemilihan pemenang adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikaikan oleh semua Pengundi, dan surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayani.

1. Kaedah Penyertaan:

Langganan Akhbar Cetak & Digital HM – Pakej Individu

  1. Pengundian gandaan bermaksud jumlah undian berganda mengikut Jadual 1 Langganan HM Digital Individu dibawah. Gandaan undian berfungsi untuk membantu meningkatkan mata undian bagi calon-calon yang tersenarai dalam AIS 2022.
Tawaran Pakej Pakej Langganan Harga Jumlah Mata Undian
Digital 1 Bulan RM 19.00 5
3 Bulan RM 49.00 10
1 Tahun RM 125.00 15
Akhbar Media Cetak 5 copies RM 10.00 5
20 copies RM 40.00 10
100 copies RM 200.00 15
***Setiap pakej media cetak yang di langgan bagi penyertaan undian pukal akan diagihkan ke lokasi terpilih

Jadual Langganan Akhbar HM Individu (Undian Pukal)

  1. Untuk menyertai Pengundian Gandaan AIS 2022, Pengundi hendaklah melanggan HM Digital di portal langganan https://subscription.nstp.com.my/
  2. Setiap pembelian langganan Akhbar HM akan disahkan melalui e-mel daripada Penganjur kepada Pengundi.
  3. Setiap pengesahan e-mel membolehkan Pengundi mendapat mata undian gandaan AIS 2022 untuk menggandakan undi dengan gandaan yang terpilih (berdasarkan pakej yang dibeli) bagi calon yang dipilih.
  4. Pengundi boleh membeli lebih daripada satu langganan Pakej Akhbar HM dan menambah gandaan mata undian AIS 2022.
  5. Walau bagaimanapun, jika Pengundi memiliki lebih daripada satu langganan Akhbar HM, Pengundi boleh terus mengundi menggunakan e-mel yang sama.
  6. Setelah selesai melanggan Akhbar HM, Pengundian boleh dibuat di www.hmetro.com.my/AIS.
  7. Setiap pakej media cetak yang di langgan bagi penyertaan undian pukal akan diagihkan ke lokasi terpilih.
    1. Untuk mengundi, Pengundi mesti mengisikan e-mel sama seperti yang didaftarkan semasa melanggan Akhbar HM dibuat.
    2. Gandaan mata undian AIS 2022 adalah tetap dan tidak boleh dipindah milik atau dikongsi dengan orang lain.
    3. Setiap undian yang telah dibuat adalah muktamad, tidak boleh diubah sama sekali. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

2. Penyertaan Promosi

  1. Dengan mengemukakan penyertaan untuk Promosi ini, Pengundi dianggap telah faham dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.
  2. Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan/atau timbul daripada penyertaan Promosi, termasuk tanpa terhad kepada caj telekomunikasi, rangkaian, dan semua caj lain sedemikian dan perbelanjaan sendiri yang mungkin dibelanjakan oleh Pengundi semasa atau berhubung dengan Promosi hendaklah ditanggung oleh Pengundi.
  3. Bukti pembayaran pembelian langganan BH Digital dan penghantaran penyertaan bukan bukti langganan dan pengundian ABPBH 34, dan Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang penyertaan lewat, hilang, rosak dan/atau penyertaan yang tidak diterima. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan, kegagalan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian komunikasi, sistem komputer dalam talian, pembekal atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, perisian, kegagalan emel atau penerimaan penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet.

3. Kelayakan:

Promosi ini terbuka kepada semua yang berusia 18 tahun dan ke atas pada permulaan Tempoh Promosi.

4. Ketidaklayakan

Kumpulan individu di bawah tidak layak untuk menyertai Promosi:

  1. Kakitangan The New Straits Times Press (NSTP) dan Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), syarikat penaja, penganjur AIS 2022 dan ahli keluarga terdekat mereka (suami isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik, dan suami isteri mereka)

5. Perlucutan Kelayakan

Penyertaan berikut akan disingkirkan:

  1. penyertaan yang melanggar Terma dan Syarat, mana-mana undang-undang dan/atau peraturan yang berkuat kuasa.
  2. menjejaskan, telah atau cuba menjejaskan perjalanan Promosi dengan pemalsuan, penipuan, pemfitnahan, membuat tuduhan tidak berasas atau perdayaan; dan/atau
  3. tidak layak atau tidak dapat mengemukakan bukti kelayakan untuk menyertai Promosi apabila diminta untuk pengesahan Penganjur.

6. Publisiti

Penganjur boleh menggunakan penyertaan Pengundi termasuk tanpa terhad kepada gambar, teks, dan kandungan atau maklumat lain yang dikemukakan untuk tujuan Promosi (secara kolektif dinamakan “Bahan”), dan nama Pengundi, dan/atau persamaannya, untuk tujuan pengiklanan, publisiti dan Promosi dari Penganjur, untuk tempoh tidak terhad di seluruh dunia tanpa pampasan, dan dalam mana-mana media. Pengundi hendaklah melakukan segala perkara yang perlu untuk tujuan ini jika diminta oleh Penganjur.

7. Hak Milik Intelektual

Pengundi bersetuju bahawa semua hak milik intelektual dalam mana-mana kandungan dan/bahan yang dikemukakan dan/atau dibuat oleh Pengundi berkaitan dengan Promosi dan sebarang hasil kerja terbitan yang timbul daripadanya secara kekal dan tanpa syarat akan menjadi hak, kepunyaan dan milik Penganjur. Penganjur berhak untuk menggunakan dan mengubahsuai mana-mana kandungan dan/bahan yang dikemukakan dan/atau dibuat oleh Pengundi dalam apa cara sekalipun yang dianggap sesuai tanpa pampasan kepada Pengundi dan Pengundi mengetepikan segala haknya ke atas mana-mana kandungan dan/bahan yang dikemukakan dan/atau dibuat oleh Pengundi.

8. Indemniti

Setiap Pengundi bersetuju untuk melindungi, melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur, syarikat pegangan, anak syarikat atau syarikat berkaitannya sebagaimana ditetapkan dalam Akta Syarikat 2016 (“NSTP dan Kumpulan Syarikat Media Prima Berhad”), para pengarah, pegawai, kakitangan, ejen, penaja dan/atau wakilnya daripada sebarang dan segala kerugian, hak, tuntutan, tindakan dan kerosakan (termasuk kerosakan khas, tidak langsung dan lanjutan) yang timbul daripada atau ditanggung akibat penyertaan Pengundi dalam Promosi, penerimaan dan/atau penggunaan mana-mana penyertaan Pengundi dan/atau persamaannya berkaitan dengan Promosi atau pelanggaran Terma dan Syarat.

9. Had Liabiliti

  1. Penyertaan Pengundi dalam Promosi adalah atas risiko Pengundi sendiri.
  2. Penganjur, NSTP dan Kumpulan Syarikat Media Prima Berhad, para pengarah, pegawai, kakitangan, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas mana-mana Pengundi berhubung dengan sebarang kehilangan atau kerosakan dan sebagainya yang dialami, termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan secara tidak langsung atau berbangkit, atau bagi kecederaan diri yang dialami atau ditanggung oleh Pengundi yang timbul daripada atau berkaitan dengan penyertaan Pengundi dalam Promosi.

10. Am

  1. Penganjur, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menunaikan mana-mana kewajipan mereka berhubung dengan Promosi dan Terma dan Syarat jika mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan keadaan di luar kawalan mereka dan dalam keadaan sedemikian mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk membayar pampasan kepada Pengundi dalam apa cara sekalipun.
  2. Sebarang nama, tanda perdagangan atau logo yang digunakan dan/atau diterbitkan semula dalam mana-mana bahan (termasuk bahan pemasaran dan Promosi) berhubung dengan Promosi, khususnya yang berkaitan Hadiah, adalah hak milik pemilik masing-masing.
  3. Pengundi tidak berhak untuk menyerah mana-mana hak atau subkontrak mana-mana the kewajipan yang terkandung di sini. Penganjur berhak untuk menyerahkan atau melesenkan seluruh atau mana-mana bahagian haknya kepada mana-mana pihak ketiga sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Penganjur.
  4. Ketaksahan, tindakan yang menyalahi undang-undang atau kegagalan penguatkuasaan mana-mana terma tidak akan menjejaskan atau mempengaruhi kesinambungan pelaksanaan Terma dan Syarat Promosi yang selainnya.
  5. Terma dan Syarat Peraduan hendaklah diertikan, ditadbir dan ditafsirkan (menurut undang- undang Malaysia.

11. Notis Privasi

  1. Dengan menyertai Promosi ini, anda telah membenarkan Penganjur untuk memproses maklumat peribadi anda yang dikemukakan dalam penyertaan Promosi bagi tujuan Promosi. Ini termasuk mendedahkan nama anda kepada masyarakat umum apabila anda menjadi pemenang dalam sesuatu pertandingan atau menyertai acara kami dengan menerbitkan nama, gambar-gambar dan lain-lain maklumat peribadi anda tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.
  2. Penganjur juga boleh menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan menghubungi dan menghantar maklumat atau bahan-bahan pemasaran dan Promosi mengenai produk kami, perkhidmatan, sampel, apa-apa Promosi, acara atau pertandingan yang dianjurkan oleh Penganjur. Sila nyatakan pilihan anda pada borang sekiranya anda bersetuju kepada penggunaan maklumat peribadi anda bagi tujuan ini.
  3. Sekiranya anda bersetuju untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadi seseorang yang anda berhasrat untuk merujuk kepada Penganjur, anda mengakui bahawa anda telah mendapatkan persetujuan daripada individu tersebut untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadinya kepada kami dan untuk dihubungi oleh kami.
  4. Pada masa tertentu Penganjur mungkin melantik Pihak-Pihak Ketiga Lantikan untuk memproses maklumat peribadi anda. Semua Pihak-Pihak Ketiga Lantikan adalah terikat secara kontrak untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat dengan selamat dan tidak menggunakan maklumat peribadi anda dalam apa jua cara selain daripada yang dinyatakan di sini dan dalam Polisi https://www.mediaprima.com.my/personal-data-protection-notice/
  5. Sila ambil perhatian bahawa Penganjur memerlukan maklumat peribadi anda untuk memproses penyertaan anda dalam Promosi dan tanpa maklumat yang diperlukan, kami tidak akan dapat memproses undian anda.
  6. Untuk penerangan terperinci mengenai amalan privasi kami, sila rujuk kepada Polisi Privasi kami di https://www.mediaprima.com.my/personal-data-protection-notice/. Kami berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis Privasi ini atau Polisi Privasi kami dari semasa ke semasa.