PERADUAN FOTO PALING EPIK BERSAMA SQUIGGLES
TERMA & SYARAT
CARA PENYERTAAN
Langkah 1: Ambil Gambar Bergaya
Ambil gambar paling kreatif anda bersama pek Squiggles gergasi di Fahrenheit88, Bukit Bintang, KL mulai 1 Mei 2025 ini!
Langkah 2: Kongsi di Media Sosial!
Ambil gambar paling kreatif anda bersama pek Squiggles gergasi di Fahrenheit88, Bukit Bintang, KL mulai 1 Mei 2025 ini! Muat naik gambar ke Instagram atau Facebook, tag @Gardenia_KL dan 3 rakan, serta guna hashtag #Squiggles dan #GardeniaKL. Pastikan profil anda “Umum”.
Langkah 3: Menang Besar!
Sekiranya terpilih, anda berpeluang memenangi hadiah tunai sebanyak RM2,000.
TERMA & SYARAT
1. Peraduan Foto Paling Epik bersama Squiggles akan bermula pada jam 12:00:01 pagi, 1 Mei 2025 dan akan berakhir pada jam 11:59:59 malam, 31 Mei 2025.
2. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
3. Kategori individu yang tidak layak untuk menyertai peraduan ini adalah seperti berikut:
a. Semua kakitangan (termasuk syarikat berkaitan) serta ahli keluarga terdekat mereka; dan
b. Semua wakil, kakitangan, pekerja, agensi pengiklanan, atau penganjur daripada Penyedia Perkhidmatan Promosi (termasuk syarikat berkaitan), serta ahli keluarga terdekat mereka.
4. Peraduan ini hanya sah melalui laman rasmi Facebook dan Instagram GardeniaKL:
a. https://www.facebook.com/GardeniaKL/
b. https://www.instagram.com/gardenia_kl/
5. Peserta mestilah mematuhi kesemua 3 langkah di bawah CARA PENYERTAAN dalam Peraduan Foto Paling Epik bersama Squiggles seperti yang dinyatakan di atas. Penyertaan yang tidak jelas, tidak lengkap atau tidak mematuhi mana-mana terma dan syarat akan dibatalkan.
6. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Namun begitu, hanya penyertaan terbaik sahaja yang akan dinilai pada akhir tempoh peraduan dan layak dipertimbangkan untuk menjadi salah seorang daripada lima (5) pemenang.
7. Lima (5) pemenang akan dipilih pada akhir tempoh peraduan dengan jumlah hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 (Sepuluh Ribu Ringgit Malaysia sahaja). Setiap pemenang akan memenangi RM2,000.00 (Dua Ribu Ringgit Malaysia sahaja). Pemenang akan dipilih daripada Facebook & Instagram.
a. Penyertaan (gambar) mestilah kekal berada di platform media sosial peserta sehingga pengumuman pemenang dibuat.
8. Pengumuman pemenang akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja selepas tamat tempoh peraduan dan akan diumumkan melalui satu hantaran di halaman Facebook & Instagram GardeniaKL.
9. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. berhak memilih pemenang berdasarkan kriteria dibawah:
a. Gaya yang paling berani dan unik bersama pek Squiggles gergasi di Fahrenheit88, Bukit Bintang, KL.
b. Peserta mestilah mematuhi langkah-langkah yang dinyatakan di bawah "Cara Penyertaan" dalam Peraduan Foto Paling Epik bersama Squiggles.
10. Pemenang akan dipilih mengikut keputusan mutlak oleh juri GardeniaKL.
11. Sebanyak lima (5) pemenang akan dipilih berdasarkan foto paling epik yang dimuat naik di Instagram dan Facebook.
12. GardeniaKL akan menghubungi pemenang yang terpilih melalui Mesej Langsung (DM) di Instagram atau Facebook, bergantung pada platform di mana penyertaan dihantar. Hubungan akan dibuat dalam masa empat belas (14) hari bekerja selepas tamat tempoh peraduan, melalui akaun rasmi Facebook atau Instagram GardeniaKL.
13. Pemenang yang terpilih dikehendaki memberikan maklumat berikut dalam masa tiga (3) hari bekerja:
a. Nama Penuh (mengikut Kad Pengenalan Malaysia)
b. Nombor Kad Pengenalan & Salinan Kad Pengenalan (Nota: Sila tulis “Untuk Kegunaan Peraduan Foto Paling Epik bersama Squiggles Sahaja” pada salinan bagi tujuan keselamatan.)
c. Nombor Telefon
d. Alamat Emel
e. Nama Bank
f. Nombor Akaun Bank
14. Hadiah wang tunai sebanyak RM2,000.00 tidak boleh dipindah milik. Pemenang mesti mengemukakan butiran akaun bank yang didaftarkan atas nama milik anda.
15. Hadiah akan dipindahkan melalui pemindahan wang secara dalam talian dalam tempoh 14 hari bekerja selepas pengesahan maklumat pemenang.
16. Sekiranya GardeniaKL tidak menerima maklum balas mengenai maklumat yang diperlukan daripada pemenang yang terpilih dalam masa 3 hari bekerja selepas pengumuman pemenang dibuat, GardeniaKL berhak untuk memilih pemenang baru sebagai pengganti.
17. Keputusan juri adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan. Sebarang rayuan atau pertanyaan tidak akan dilayan.
18. GardeniaKL berhak sepenuhnya untuk mengubah, menangguhkan, melanjutkan atau menamatkan Peraduan Foto Paling Epik bersama Squiggles pada bila-bila masa tanpa notis.
19. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. mempunyai hak mutlak untuk mengubah suai, menunda atau membatalkan peraduan ini pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis.
20. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua kesulitan atau sebarang perkara yang tidak diingini yang berlaku/terjadi sewaktu tempoh peraduan atau di luar tempoh peraduan ini.
21. Peserta bersetuju bahawa Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat dan gambar pemenang untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi, dan/atau untuk mengumumkan nama pemenang dalam media cetak dan media elektronik.
22. Peserta juga memahami segala terma dan syarat peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhinya.
23. Dengan menyertai peraduan ini, peserta mengakui bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap.
24. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. bagi tujuan pemprosesan dan juga tidak dihadkan kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti pemasaran berkenaan produk dan tawaran terbaru kami berserta sebarang tujuan pengemaskinian yang diperlukan oleh pihak kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/ms/polisi-dan-privasi