FOTO GAYA RAYA BERSAMA QUICKBITES

TERMA & SYARAT PERADUAN FOTO GAYA RAYA BERSAMA QUICKBITES

CARA-CARA PENYERTAAN

Langkah 1: .‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Instagram rasmi QuickBites Gardenia.

Langkah 2: Ambil gambar Raya paling bergaya bersama QuickBites untuk Peraduan Foto Gaya Raya bersama QuickBites.

Langkah 3: Muat naik (post) gambar terbaik di wall anda (FB atau IG), dan tag QuickBites Gardenia berserta hashtag #FotoGayaRayabersamaQuickBites #QuickBites.

Langkah 4: Pastikan akaun anda diset pada umum (public) supaya pihak penganjur boleh lihat dan menilai.

TARIKH AKHIR PENYERTAAN

Semua penyertaan perlu dimuat naik di laman sosial pada atau sebelum 23:59 pada 30hb April 2024. Sebarang penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan akan dibatalkan kelayakan penyertaan secara automatik.

TERMA & SYARAT

  1. Peraduan Foto Gaya Raya Bersama Quickbites ini terbuka kepada warganegara atau penduduk bertaraf Permastautin Tetap di Semenanjung Malaysia sahaja dan berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun ke atas pada tarikh penyertaan peraduan.

  2. Kumpulan individu berikut tidak layak untuk menyertai peraduan ini:
    1. Semua kakitangan (termasuk mana-mana syarikat berkaitan), serta ahli keluarga terdekat mereka; dan
    2. Semua wakil, kakitangan, pekerja, agensi pengiklanan atau agensi penganjur yang berkaitan dengan promosi (termasuk mana-mana syarikat berkaitan) dan keluarga terdekat.
  3. Peraduan ini hanya sah di laman rasmi Facebook dan Instagram PUAZZ! Gardenia Sahaja iaitu https://www.facebook.com/QuickBitesGardenia ATAU https://www.instagram.com/quickbitesgardenia/

  4. Peserta hendaklah mengikuti kesemua 4 langkah CARA-CARA PENYERTAAN yang dinyatakan di atas. Penyertaan yang tidak jelas / tidak lengkap atau dan tidak mematuhi kesemua terma & syarat yang telah ditetapkan akan dibatalkan / hilang kelayakan.

  5. Setiap peserta boleh berkongsi lebih dari satu penyertaan. Hanya SATU penyertaan sahaja yang akan dinilai dan layak untuk memenangi hadiah sepanjang tempoh ini, jika dipilih.

  6. Pihak QuickBites Gardenia akan memilih sepuluh (10) orang pemenang sahaja untuk memenangi Tambah Nilai Touch ‘n Go eWallet berjumlah RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh sahaja) bagi setiap pemenang. Pihak QuickBites Gardenia akan pilih pemenang dari Facebook dan Instagram melalui #FotoGayaRayabersamaQuickBites.
    a. 5x pemenang dari Facebook
    b. 5x pemenang dari Instagram
  7. Pemenang akan diumumkan di ruangan komen pos peraduan di Facebook atau Instagram, 3 hari bekerja selepas peraduan ditamatkan.

  8. Quickbites Gardenia akan memilih pemenang berdasarkan kriteria di bawah:
    1. Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar yang paling bergaya bersama QuickBites, akaun diset untuk tatapan umum (tidak diset privasi).
    2. Setiap langkah yang disenaraikan haruslah diikuti seperti dinyatakan di atas. Sila rujuk Cara-cara Penyertaan untuk maklumat lanjut.
  9. Pihak penganjur berhak mendapatkan bukti penyertaan seperti yang tertera di CARA-CARA PENYERTAAN Langkah 1 – Langkah 3 untuk pemilihan pemenang.

  10. Pemenang-pemenang perlu PM (Private Message) Quickbites Gardenia dalam masa 2 hari selepas pengumuman pemenang dilakukan. Maklumat- maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
    1. Nama Penuh (seperti dalam Kad Pengenalan)
    2. Nombor kad pengenalan
    3. Nombor telefon
    4. Emel
  11. Pin Tambah Nilai Touch ‘n Go eWallet tidak boleh dipindah milik. Pin tambah nilai Touch ‘n Go eWallet akan dihantar kepada Pemenang melalui aplikasi WhatsApp dalam tempoh 14 hari bekerja.

  12. Sekiranya Quickbites Gardenia tidak menerima sebarang maklum balas mengenai maklumat yang dikehendaki daripada pemenang yang dipilih dalam masa 2 hari bekerja selepas pengumuman dibuat, Quickbites Gardenia berhak untuk memilih pemenang yang baru sebagai pengganti.

  13. Keputusan Quickbites Gardenia dalam semua perkara berkaitan peraduan ini adalah muktamad. Sebarang rundingan mahupun surat menyurat tidak akan dilayan.

  14. Quickbites Gardenia mempunyai hak mutlak untuk menukar, membatalkan dan / atau menamatkan penyertaan peserta, tanpa perlu memberi notis / keterangan lanjut terlebih dahulu.

  15. Quickbites Gardenia mempunyai hak mutlak untuk mengubah suai, menunda atau membatalkan peraduan ini pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis.

  16. Quickbites Gardenia tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua kesulitan atau sebarang perkara yang tidak diingini yang berlaku / terjadi sewaktu tempoh peraduan atau di luar tempoh peraduan ini.

  17. Quickbites Gardenia berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat dan gambar pemenang untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi, dan / atau untuk mengumumkan nama pemenang dalam media cetak dan media elektronik, tanpa perlu memberi notis/ keterangan lanjut terlebih dahulu dan pemenang tidak boleh menuntut hak mutlak / ganti rugi atas penggunaan tersebut.

  18. Peserta juga memahami segala terma dan syarat peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhinya.

  19. Dengan menyertai peraduan ini, peserta mengakui bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap.

  20. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Quickbites Gardenia bagi tujuan pemprosesan dan juga tidak dihadkan kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti pemasaran berkenaan produk dan tawaran terbaru kami berserta sebarang tujuan pengemaskinian yang diperlukan oleh pihak kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: http://www.gardenia.com.my/ms/polisi-dan-privasi