NUMEE BELI DAN TEBUS

TERMA & SYARAT NuMee Beli & Tebus

Penganjur & Kelayakan

  1. Numee Beli & Tebus ["PROMOSI"] dianjurkan oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. ["Penganjur"] dan terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dengan MyKad yang sah ["Peserta"].
  2. Individu dari kumpulan berikut adalah tidak layak untuk menyertai Promosi ini:
    • Pekerja Penganjur [termasuk anak syarikat, syarikat bersekutu dan syarikat berkaitan Penganjur] dan ahli keluarga terdekat mereka [termasuk anak, ibu bapa, adik beradik, termasuk pasangan suami isteri]; dan / atau
    • Wakil, kakitangan, pekerja dan / atau ejen perkhidmatan pengiklanan dan / atau promosi Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan yang berkaitan], dan ahli keluarga terdekat mereka [anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk pasangan suami isteri].
    • Individu yang mempunyai hubungan langsung dengan kakitangan Penganjur [termasuk anak Syarikat, syarikat bersekutu dan syarikat berkaitan]

Tempoh Promosi

Promosi ini akan berlangsung dari 15hb Mei 2024 pada 00:00:00 hingga 15hb Julai 2024 pada 23:59:59 ["Tempoh Promosi"]. Penganjur berhak untuk mengubah Tempoh Promosi pada bila-bila masa tanpa notis pemberitahuan terdahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Promosi akan dibatalkan secara automatik.

Penyertaan & Kelayakan

  1. Untuk menyertai Promosi ini, para peserta hendaklah membeli (1) satu pek Produk dalam perenggan A di bawah (“Produk”) di dalam satu resit (“Bukti Pembelian”) yang dikeluarkan oleh mana-mana kedai atau rangkaian yang mengambil bahagian di luar talian (dalam kedai) atau dalam talian semasa tempoh Promosi.

    1. Senarai Produk yang mengambil bahagian:
      1. Gardenia NuMee Mi Segera Perisa Kari 5x76g
      2. Gardenia NuMee Mi Segera Perisa Ayam 5x75g
      3. Gardenia NuMee Mi Segera Perisa Goreng Asli 5x82g
      4. Gardenia NuMee Signature Mi Segara Perisa Laksa Kari 4x100g
      5. Gardenia NuMee Mi Kuning 480g
      6. Gardenia NuMee Mi Kuning Keluarga 900g

  2. Sila klik pautan ini: https://bit.ly/4dbEp1d dan mengisi semua maklumat yang diperlukan dan hantarkan gambar Bukti Pembelian yang jelas dan serahkan (“Penyertaan”).
  3. Penyerahan foto Resit Rasmi harus mematuhi kriteria berikut:
    ✓ Foto Resit harus jelas menunjukkan jumlah transaksi, tarikh pembelian, nama outlet, nombor Resit Rasmi, dan nama produk yang mengambil bahagian (jika ada).
    ✓ Foto Resit harus mematuhi standard kualiti visual minimum. Miring yang terlihat, ‘dithering’, kandungan butiran, kekaburan, pencahayaan berlebihan, artefak pengekalan atau degradasi lain kepada kejelasan imej tidak akan diterima dan akan disingkirkan. Keputusan Penganjur adalah muktamad.

  4. Penganjur AKAN membalas dengan teks balasan yang dijana secara automatik untuk setiap Penyertaan yang diterima dan mesej Status Penyertaan Penebusan dalam masa 5 hari bekerja.

  5. Peserta hendaklah menyimpan Resit atau Bukti Pembelian asal untuk tujuan pengesahan.
  6. Penganjur berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan dengan Bukti Pembelian duplikasi.

  7. Pihak Penganjur tidak akan menerima sebarang perubahan pada Bukti Pembelian dalam apa jua bentuk. Resit bertulisan tangan,Pesanan Pembelian dan/atau Nota Penghantaran tidak akan diterima sebagai Bukti Pembelian.
  8. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai, kredit, atau hadiah lain.
  9. Kumpulkan semua resit pembelian anda untuk menebus premium NuMee pilihan anda :

  10. Penebusan adalah tertakluk ‘first come first serve basis’ dan kesertersediaan stock.

Had Penyertaan

  1. Setiap Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan dengan resit yang berbeza sepanjang tempoh peraduan.

  2. Setiap Penebusan hanya boleh menggunakan maksimum gabungan Dua (2) resit atau Tiga (3) Kad sahaja.
    Untuk Setiap gabungan dua resit boleh digunakan penebusan sakali sahaja.

  3. Setiap resit boleh digunakan untuk penebusan sekali sahaja.

Pengesahan Penyertaan

  1. Gambar Bukti Pembelian yang jelas menunjukkan Produk NuMee, nombor resit, tarikh pembelian, nilai pembelian dan nama cawangan atau kedai.
  2. Semua butiran yang diperlukan dan keperluan pembelian dipenuhi.
  3. Sebarang pengubahsuaian atas resit pembelian seperti nama cawangan, nama produk terlibat, jumlah pembelian, tarikh pembelian dan lain-lain tidak akan diterima.
  4. Kesahihan tarikh pembelian.
  5. Resit E-Dagang akan diterima sebagai Bukti Pembelian.
  6. Tiada duplikasi Bukti Pembelian
  7. Resit/dokumen yang hilang kelayakan sebagai bukti pembelian termasuk:
    I. Slip Kad Kredit
    II. Resit bertulisan tangan
    III. Bayaran Balik/Pemulangan Slip Pembelian
    IV. Nota penghantaran
    V. Resit Tidak Dicetak daripada Daftar Tunai (sistem POS)

TERMA DAN SYARAT TAMBAHAN

Tarikh Tuntutan / Serahan Hadiah

  1. Untuk setiap penebusan yang berjaya, Teks notifikasi akan dihantar dalam tempoh lima (5) hari bekerja bersama melalui WhatsApp 012-862 8911 ke Nombor WhatsApp Penyertaan yang telah direkod oleh Penganjur.

  2. Bagi Penyertaan yang gagal, satu teks notifikasi bersama sebab kegagalan akan di hantar kepada peserta dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

  3. Hadiah akan diproses untuk penghantaran kepada para perserta dimaklumkan atau dihubungi melalui aplikasi WhatsApp 012-862 8911 untuk mendapatkan butir-butir yang diperlukan (termasuk tetapi tidak terhad kepada Nama Penuh, Maklumat Perhubungan, dan alamat penghantaran) oleh Penganjur dalam tempoh masa 2 minggu hingga 6 minggu. Pihak Penganjur berhak melanjutkan tempoh yang dinyatakan di bawah klausa ini atas sebab-sebab di luar kawalan pihak Penganjur.

  4. Penganjur berhak untuk melanjutkan tempoh masa yang dinyatakan di bawah Fasal ini atas apa-apa sebab.

Penyertaan Promosi

  1. Dengan mengemukakan penyertaan untuk Promosi ini, Peserta dianggap sudah memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.

  2. Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan/atau timbul daripada penyertaan dalam Promosi ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada caj telekomunikasi, rangkaian, Khidmat Pesanan Ringkas, pos dan semua caj lain sedemikian dan perbelanjaan sendiri yang mungkin dibelanjakan semasa atau berhubung dengan Promosi ini hendaklah ditanggung oleh Peserta.

  3. Bukti penghantaran penyertaan bukanlah bukti penerimaan, dan Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang penyertaan yang lewat, hilang, rosak dan/atau tidak diterima. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemadaman, kerosakan, kelewatan operasi atau penghantaran, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau pengubahsuaian komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telekomunikasi, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem perisian, kegagalan e-mel atau pemain akibat masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di Internet.

Perlucutan Kelayakan

  1. Penyertaan berikut akan dilucutkan kelayakannya:
    a) Penyertaan yang tidak jelas, tidak lengkap, berulang, salinan, tidak boleh dibaca atau tidak betul; dan/atau
    b) Penyertaan yang melanggar Terma dan Syarat, mana-mana undang-undang dan/atau peraturan yang berkuat kuasa.

  2. Selain itu, Penganjur berhak untuk melucutkan kelayakan mana-mana Peserta yang:
    a) menjejaskan, telah atau cuba menjejaskan perjalanan Promosi dengan pemalsuan, atau penipuan; dan/atau
    b) tidak layak atau tidak dapat mengemukakan bukti kelayakan untuk menyertai Promosi ini untuk pengesahan Penganjur apabila diminta.

  3. Sekiranya perlucutan kelayakan berlaku selepas Hadiah diberikan, Penganjur berhak untuk menuntut pemulangan Hadiah atau bayaran nilainya daripada Peserta yang dilucutkan kelayakannya.

Hadiah

  1. Penganjur, ejen, penaja dan wakilnya tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana Peserta yang gagal menuntut Hadiah menurut ketetapan Tuntutan Hadiah/Tarikh Penghantaran dalam apa keadaan sekalipun. Penganjur berhak menentukan pengurusan Hadiah yang tidak dituntut.

  2. Hadiah sama sekali tidak boleh dipindah milik, diserah hak, ditukar atau ditebus oleh Peserta dalam apa-apa bentuk lain atau cara lain daripada yang ditetapkan oleh Penganjur.
  3. Sebarang kos tambahan yang tidak dinyatakan secara khusus dalam Jadual Syarat Penyertaan berkaitan Hadiah hendaklah ditanggung oleh Peserta.

  4. Semua Hadiah mesti diambil menurut terma dan syarat Penganjur, ejennya, penaja atau pihak ketiga yang menyediakan Hadiah.

  5. Hadiah diberikan berasaskan “keadaan seperti sedia ada”. Hadiah hendaklah digunakan/diambil sepenuhnya atas risiko Peserta dan Penganjur sama sekali tidak memberi sebarang jaminan mahupun menanggung sebarang liabiliti berhubung dengan Hadiah setakat yang dibenarkan undang-undang.
  6. Hadiah hendaklah dituntut sendiri melainkan Penganjur menetapkan cara lain untuk tuntutan.

  7. Di mana seorang Peserta masih di bawah umur lapan belas (18) tahun dan diumumkan sebagai pemenang Hadiah, Peserta mesti ditemani oleh ibu bapa/penjaga sah mereka sepanjang upacara penyampaian Hadiah.
  8. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang berlaku kepada Hadiah semasa proses penghantaran. Sebarang kos tambahan lain (iaitu, perbelanjaan perjalanan, kos pengangkutan, duti dan cukai) yang terlibat untuk menebus atau mengambil hadiah dan/atau hadiah gantian akan ditanggung oleh pemenang dengan kos mereka sendiri.

Publisiti

Peserta memberikan kepada Penganjur lessen dan kebenaran tanpa had, tidak eksklusif dan bebas royalti untuk menggunakan penyertaan Peserta termasuk tanpa had, gambar, lukisan, teks, dan sebarang kandungan atau maklumat lain yang dikemukakan untuk tujuan Promosi (secara kolektif "Bahan") , dan nama Peserta, dan/atau rupa, untuk pengiklanan, publisiti dan Promosi mana-mana barangan atau perkhidmatan Penganjur dan dalam mana-mana media. Peserta hendaklah melakukan semua perkara yang perlu untuk melaksanakannya jika diminta oleh Penganjur.

Indemniti

Setiap Peserta bersetuju untuk melindungi, melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur dan syarikat pegangan, anak syarikat atau syarikat berkaitannya sebagaimana ditetapkan dalam Akta Syarikat 2016 (“Kumpulan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd”), para pengarah, pegawai, kakitangan, ejen, penaja dan/atau wakilnya daripada sebarang dan semua kerugian, hak, tuntutan, tindakan dan kerosakan (termasuk kerosakan khas, tidak langsung dan lanjutan) yang timbul daripada atau ditanggung akibat penyertaan Peserta dalam Promosi, penerimaan sebarang Hadiah, dan/atau penggunaan penyertaan Peserta dan/atau persamaannya berhubung dengan Promosi ini atau pelanggaran Terma dan Syarat.

Had Liabiti

Dengan menyertai Promosi, Peserta dianggap telah membaca dan menyetujui semua terma dan syarat yang terkandung di sini dan akan mematuhi sebarang dan / atau sebarang keputusan yang dibuat oleh Penganjur.

Penganjur tidak akan dipertanggungjawabkan diatas semua liabiliti yang timbul daripada sebarang penangguhan, pembatalan, kelewatan atau perubahan atau pengubahsuaian kepada promosi atau hadiah atau disebabkan oleh keadaan lain yang tidak dijangka di luar kawalan Penganjur seperti gangguan kerajaan, kekecohan awam, rusuhan, perang, mogok, tindakan keganasan (termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang tindakan keganasan, permusuhan, kecemasan kebangsaan, berlakunya sebarang wabak / wabak pandemik) dan untuk apa-apa tindakan atau keingkaran oleh mana-mana pembekal atau ‘vendor’ pihak ketiga.

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Peserta bersetuju untuk mengetepikan apa-apa hak yang berkenaan dengan kerugian atau kerosakan yang timbul dengan penggunaan hadiah atau penyertaan Peserta dalam Promosi ini terhadap Pihak Penganjur dan/atau pegawai, pekerja, wakil dan/atau agensi terlantik (termasuk pembekal atau mana-mana pihak ketiga).

Am

  1. Penganjur berhak untuk mengubah, menghapus atau menambah Terma dan Syarat Promosi ini tanpa sebarang notis pemberitahuan sebelumnya pada bila-bila masa dan Peserta terikat dengan perubahan tersebut.

  2. Penganjur juga berhak untuk membatalkan, mengubah, menangguhkan, atau menangguhkan Promosi ini sekiranya berlaku keadaan yang tidak dijangka di luar kawalan yang munasabah. 
  3. Peserta tidak berhak untuk menyerah mana-mana hak atau sub kontrak mana-mana kewajipan yang terkandung di sini. Penganjur berhak untuk menyerahkan atau melesenkan seluruh atau mana-mana bahagian haknya kepada mana-mana pihak ketiga sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Penganjur.

  4. Ketidaksahan, kesalahan dari segi undang-undang atau ketidakbolehan penguatkuasaan mana-mana Terma dan Syarat Promosi ini tidak akan mempengaruhi atau menjejaskan kesinambungan pelaksanaan Terma dan Syarat Promosi yang selainnya.

  5. Dengan menyertai Promosi ini dan penerimaan hadiah, pemenang bersetuju dan memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur untuk mengumpulkan, menyimpan dan memproseskan data butiran peribadi yang diberikan untuk tujuan Promosi ini dan menggunakan nama, gambar tanpa sebarang bayaran royalti atau bayaran pampasan untuk tujuan pengiklanan dan semua bentuk publisiti yang lain, termasuk, tanpa had kepada sebarang rakaman berkaitan dengan Promosi ini dari semasa ke semasa.

Notis Privasi

  1. Dengan menyertai Promosi ini, Peserta bersetuju dengan pemprosesan Data Peribadi Peserta oleh Penganjur berdasarkan Notis Privasi di http://www.gardenia.com.my/ms/polisi-dan-privasi