TERMA & SYARAT

Promosi Beli Breakthru & Menang Hadiah Sehingga RM10,000* (” Promosi”) dianjurkan oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (” Pihak Penganjur”). Dengan menyertai Promosi, anda (” Peserta”) mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk menerima Terma dan Syarat yang tersenarai seperti berikut: -

Pihak Penganjur Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd
Promosi Peraduan Beli Breakthru & Menang Hadiah Sehingga RM10,000*
Tempoh Promosi Promosi ini berlangsung dari 1 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023.
Kelayakan Promosi ini terbuka kepada semua permastautin di Malaysia dengan dokumen pengenalan yang sah dan beralamat tempat tinggal di Malaysia, berumur 18 tahun tahun dan ke atas pada tarikh permulaan Peraduan) kecuali kakitangan Pihak Penganjur dan ahli keluarga terdekat termasuk syarikat-syarikat sekutunya, pembekal/ pengedar, agensi-agensi promosi, dan agensi-agensi pengiklanan/ perhubungan yang terlibat dalam Promosi ini.
Cara-Cara Penyertaan

Langkah 1:
Beli mana-mana satu (1) buku roti Gardenia Breakthru dalam satu resit pembelian dalam Tempoh Peraduan.

Langkah 2:

Hantar melalui Whatsapp ke nombor 019-7207919 gambar resit (Bukti Pembelian) bersama nama penuh, no. Mykad atau No. passport & negara pengeluar, Tarikh Lahir dengan jawapan yang betul (resit, Alina Binti Abdullah, 960907-10-5094, Betul Atau resit, Estele Desmond, X00130410, SGP,20/6/1960, Betul)

ATAU

Tuliskan nama penuh, no. Mykad, atau No. passport & negara pengeluar, Tarikh Lahir dengan jawapan yang betul, No telefon bimbit (aktif WhatsApp), di atas kertas dan hantar bersama sama tag roti Gardenia Breakthru (Bukti Pembelian) ke P.O. Box 11, Pejabat Pos Jalan Klang Lama, 58700 Kuala Lumpur sebagai bukti penyertaan (Tag roti mestilah bertarikh 1 Mei – 4 Julai 2023) (Alina Binti Abdullah, 960907-10-5094, 011-1234568, Betul dan tag Atau Estele Desmond, X00130410, SGP,20/6/1960, Betul dan tag).

Soalan Peraduan: Roti Gardenia Breakthru terdapat dalam dua variasi. (Betul/Salah)

Setiap satu (1) Bukti Pembelian roti Gardenia Breakthru atau satu (1) tag roti Gardenia Breakthru mewakili satu penyertaan, dan satu nombor siri akan diberikan secara belakang tabir untuk tujuan pemilihan pemenang.

Nota: Tag roti bertarikh 1 Mei 2023 sehingga 4 Julai 2023 sahaja yang akan diterima sebagai Bukti Pembelian. Tag bertulis harga RM4.00 / RM4.60 sahaja yang akan diterima

Hadiah

Sebanyak 59 Pemenang yang akan dipilih sepanjang Tempoh Peraduan.

Hadiah Utama
2 x TV Panasonic 55”.

Hadiah Kedua
4 x RM500.00 Al-Ikhsan Baucar

Hadiah Ketiga
3 x RM100.00 PIN Tambah Nilai Touch ’n Go eWallet dan Jersey ditandatangan oleh Duta Gardenia Breakthru.

Hadiah Saguhati
50 x RM30.00 PIN Tambah Nilai Touch ’n Go eWallet.

Setiap peserta layak memenangi maksimum satu (1) hadiah sahaja sepanjang Tempoh Peraduan:

Pengumuman pemenang akan dilakukan di https://www.facebook.com/GardeniaKL dan https://www.instagram.com/gardenia_kl/#

Perincian Pengadilan

Penyertaan akan disahkan berdasarkan perkara berikut:

  1. Semua maklumat peribadi yang diperlukan untuk peraduan ini diberikan (Nama Penuh, Nombor MyKad atau No Passport,Negara pengeluar,Tarikh Lahir, No.Telefon Bimbit & Jawapan);
  2. Gambar Bukti Pembelian yang menunjukkan Produk Terlibat, nombor resit, tarikh pembelian dalam Tempoh Peraduan, nilai pembelian dan nama cawangan jelas kelihatan;
  3. Tiada perubahan atau pertindihan dalam apa-apa bentuk yang dibuat kepada Bukti Pembelian;
  4. Sekiranya penyertaan melalui pos, tag roti mestilah bertarikh 1 Mei 2023 - 4 Julai 2023 sahaja yang akan diterima sebagai Bukti Pembelian.
  5. Penyertaan melalui pos mestilah diterima oleh Penganjur pada atau sebelum 1hb Julai 2023.
  6. Pesanan pembelian dan nota penghantaran tidak akan diterima sebagai Bukti Pembelian.
  7. Satu resit atau 1 tag mewakili satu (1) Penyertaan.
Pemilihan Pemenang HADIAH UTAMA - 2 x TV Panasonic 55”

Setiap penyertaan Layak akan diberikan nombor siri secara belakang tabir untuk tujuan proses pemilihan pemenang. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan untuk Penyertaan Layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan (cth., 997 nombor siri) ÷ 2 = nombor bersiri menang, contohnya: 997 ÷ 2 = 498.5 =498 (Nombor pengganda dalam hal ini ialah 28 )

Oleh itu, pemenang Hadiah Utama ialah penyertaan nombor siri ke-498 dan nombor siri berikutnya dengan penggandaan 498. Contoh nombor yang menang adalah nombor siri 498 & 996 akan dipilih sebagai Pemenang.

Formula pembundaran akan dilakukan jika nilai perpuluhan timbul, nombor akan dibundarkan ke bawah ke nombor digit tunggal terdekat.

Seramai 2 PEMENANG akan dipilih untuk Hadiah Utama sepanjang Tempoh Peraduan.

HADIAH KEDUA - 4 x RM500.00 Al-Ikhsan Baucar

Setiap penyertaan Layak akan diberikan nombor siri secara belakang tabir untuk tujuan proses pemilihan pemenang. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan untuk Penyertaan Layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dan ditolak jumlah penyertaan Pemenang Hadiah Utama (cth., 997 nombor siri & tolak (-) Penyertaan Pemenang Hadiah Utama contoh 2) ÷ 4 = nombor siri menang, contohnya: (997 – 2) ÷ 4 = 248.75 =248 (Nombor pengganda dalam hal ini ialah 248 )

Oleh itu, pemenang Hadiah Kedua ialah penyertaan nombor siri ke-248 dan nombor siri berikutnya dengan penggandaan 248. Contoh nombor yang menang adalah nombor siri 248,496,744 & 992 akan dipilih sebagai Pemenang.

Formula pembundaran akan dilakukan jika nilai perpuluhan timbul, nombor akan dibundarkan ke bawah ke nombor digit tunggal terdekat.

Seramai 4 PEMENANG akan dipilih untuk Hadiah Kedua sepanjang Tempoh Peraduan.

HADIAH KETIGA - 3 x RM100.00 PIN Tambah Nilai Touch ’n Go eWallet. dan Jersey ditandatangan oleh Duta Gardenia Breakthru

Setiap penyertaan Layak akan diberikan nombor siri secara belakang tabir untuk tujuan proses pemilihan pemenang. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan untuk Penyertaan Layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dan ditolak jumlah penyertaan Pemenang Hadiah Utama dan Penyertaan Pemenang Hadiah Kedua (cth., 997 nombor siri & tolak (-) Penyertaan Pemenang Hadiah Utama, contoh 2 – Penyertaan Pemenang Hadiah Kedua, contoh 5) ÷ 3 = nombor bersiri menang, contohnya: 997 - ( 2+3) ÷ 3 = 330 =330 (Nombor pengganda dalam hal ini ialah 330 )

Oleh itu, pemenang Hadiah Ketiga ialah penyertaan nombor siri ke-330 dan nombor siri berikutnya dengan penggandaan 330. Contoh nombor yang menang adalah nombor siri 330,660 & 990 akan dipilih sebagai Pemenang.

Formula pembundaran akan dilakukan di mana nilai perpuluhan timbul, nombor akan dibundarkan ke bawah ke nombor digit tunggal terdekat.

Seramai 3 PEMENANG akan dipilih untuk Hadiah Ketiga sepanjang Tempoh Peraduan.

HADIAH SAGUHATI - 50 x RM30.00 PIN Tambah Nilai Touch ’n Go eWallet.

Setiap penyertaan Layak akan diberikan nombor siri secara belakang tabir untuk tujuan proses pemilihan pemenang. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan untuk Penyertaan Layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dan ditolak jumlah penyertaan Pemenang Hadiah Utama,contoh 2 - Penyertaan Pemenang Hadiah Kedua,contoh 3 dan - Penyertaan Pemenang Hadiah Ketiga, contoh 3, ÷ 50 = nombor bersiri menang, contohnya: 997 - ( 2+3+3) ÷ 50 = 19.78 =19 (Nombor pengganda dalam hal ini ialah 19)

Oleh itu, pemenang Hadiah Saguhati ialah penyertaan nombor siri ke-19 dan nombor siri berikutnya dengan penggandaan 19. Contoh nombor yang menang adalah nombor siri 19,38,57,76,95 dan seterusnya (sehingga 50 nombor siri) akan dipilih sebagai Pemenang.

Formula pembundaran akan dilakukan jika nilai perpuluhan timbul, nombor akan dibundarkan ke bawah ke nombor digit tunggal terdekat.

Seramai 50 PEMENANG akan dipilih untuk Hadiah Saguhati sepanjang Tempoh Peraduan.

Pemenang yang terpilih berdasarkan kaedah pemilihan nombor siri akan dimaklumkan atau dihubungi melalui WhatsApp daripada nombor peraduan 019-7207919 untuk mendapatkan alamat penghantaran. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang yang dipilih tidak dapat dihubungi atas apa juga sebab.

Tarikh Tuntutan/Serahan Hadiah

Hadiah akan diproses untuk dihantar kepada Pemenang dalam Tempoh 6 – 8 Minggu selepas tamat Tempoh Peraduan. Penghantaran hadiah terhad untuk alamat di Malaysia sahaja. Penganjur berhak untuk melanjutkan tempoh masa yang dinyatakan di bawah klausa ini diatas sebab-sebab di luar kawalan Penganjur.

Penggunaan Baucar-Baucar al- Ikhsan tertakluk kepada Terma & Syarat al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd https://www.al-ikhsan.com/terms-conditions

Semua Hadiah PIN Tambah Nilai Touch ’n Go eWallet akan diproses untuk dihantar kepada pemenang melalui aplikasi WhatsApp. Penggunaan Touch 'n Go eWallet Reload PIN tertakluk pada Terma & Syarat Touch 'n Go; https://www.touchngo.com.my/policies/terms-conditions

Hadiah mesti dituntut dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh pengumuman pemenang atau notis tuntutan hadiah, yang mana dulu, jika gagal akan menyebabkan pembatalan dan pelucutan hak Hadiah. Penganjur berhak untuk melanjutkan tempoh masa yang dinyatakan di bawah klausa ini kerana sebab-sebab di luar kawalan Penganjur.

Penganjur tidak akan dipertanggungjawabkan diatas semua liabiliti yang timbul daripada sebarang penangguhan, pembatalan, kelewatan atau perubahan atau pengubahsuaian kepada Peraduan atau hadiah atau disebabkan oleh keadaan lain yang tidak dijangka di luar kawalan Penganjur seperti gangguan kerajaan, kekecohan awam, rusuhan, perang, mogok, tindakan keganasan (termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang tindakan keganasan, permusuhan, kecemasan kebangsaan, berlakunya sebarang wabak / wabak pandemik) dan untuk apa-apa tindakan atau keingkaran oleh mana-mana pembekal atau vendor pihak ketiga.

Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang berlaku kepada hadiah semasa proses penghantaran. Sebarang kos tambahan lain (iaitu, perbelanjaan perjalanan, kos pengangkutan, duti dan cukai) yang terlibat untuk menebus atau mengambil hadiah dan/atau hadiah gantian akan ditanggung olehpemenang dengan kos mereka sendiri.

Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah yang dimenangi dengan hadiah lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Tiada alternatif tunai atau bayaran balik akan ditawarkan.

Semua pemenang mesti, atas permintaan Penganjur, menyediakan dokumen pengenalan yang diminta serta Bukti Pembelian asal (dalam hardcopy) untuk pengesahan sebelum penghantaran hadiah. Kegagalan mengemukakan mana-mana dokumen di atas dalam tempoh masa yang ditetapkan akan menyebabkan pelucutan hak pemenang dan pelucutan hak keatas hadiah.

Lain-lain

Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan Bukti Pembelian dan maklumat yang lengkap. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan Bukti Pembelian yang salah, tidak lengkap atau tidak jelas. Sebarang penyertaan yang mengandungi unsur-unsur dakwaan atau fitnah, melibatkan peniruan, melanggari (atau mungkin melanggari) sebarang hak cipta, tanda dagangan, atau apa-apa hak harta intelektual atau hak proprietari mana-mana entiti, bagi yang masih hidup mahupun yang sudah mati (termasuk hak-hak privasi, publisiti atau gambaran yang palsu) akan dilucutkan hak secara automatik.

Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai, ditukar dan dipindah milik.

Pihak Penganjur dan kesemua pihak yang terlibat dalam Promosi ini termasuk pengarah, pegawai dan ejen adalah tidak bertanggungjawab terhadap yang berikut:-
Campur tangan oleh pihak yang tidak berkenaan;
Kesilapan manusia dan kegagalan elektronik/teknikal dalam pentadbiran Promosi ini;
Sebarang penyertaan yang salah dihantar atau tidak diterima; dan
Semua liabiliti (termasuk kematian) yang terlibat sama ada disebabkan penggunaan hadiah dan/atau penyertaannya dalam Promosi ini secara langsung atau tidak langsung.

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Peserta bersetuju untuk mengetepikan apa-apa hak yang berkenaan dengan kerugian atau kerosakan yang timbul dengan penggunaan hadiah atau penyertaan Peserta dalam Promosi ini terhadap Pihak Penganjur dan/atau pegawai, pekerja, wakil dan/atau agensi terlantik (termasuk pembekal atau mana-mana pihak ketiga).

Dengan menyertai Promosi ini dan penerimaan hadiah, pemenang bersetuju dan memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur untuk menggunakan nama, alamat, gambar, butiran peribadi, dokumen, dan maklumat tanpa sebarang bayaran royalti atau bayaran pampasan untuk tujuan pengiklanan dan semua bentuk publisiti yang lain, termasuk, tanpa had kepada sebarang rakaman berkaitan dengan Promosi ini dari semasa ke semasa.

Semua Bukti Pembelian yang dikemukakan untuk Promosi ini akan menjadi hak milik Pihak Penganjur.

Pihak Penganjur berhak mengubah, membatal, menamatkan, menangguhkan atau menggantung Promosi ini dengan memberi notis terlebih dahulu dilaman https://www.gardenia.com.my/ dan tanpa menanggung sebarang liabiliti terhadap sesiapa, pada bila-bila masa termasuk mengubah Tempoh Promosi, membuat penggantian hadiah, membatalkan atau menamatkan atau menggantung Promosi secara keseluruhan atau sebahagian. Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada Terma dan Syarat, Peserta bersetuju bahawa penyertaan Peserta berterusan di dalam Promosi ini menandakan penerimaan mereka terhadap Terma dan Syarat (sebagaimana yang diubah). Peserta tidak berhak untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan daripada Pihak Penganjur bagi sebarang kerugian yang dialami.

Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. bagi tujuan pemprosesan dan juga tidak dihadkan kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti pemasaran berkenaan produk dan tawaran terbaru kami berserta sebarang tujuan pengemaskinian yang diperlukan oleh pihak kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/ms/polisi-dan-privasi.

Untuk pertanyaan lanjut tentang promosi ini, sila hubungi Hotline 019-7207919, Isnin – Jumaat, 10 pagi – 5 petang kecuali cuti umum.