PERADUAN GARDENIA QUICKBITES KE GOLDBITES

CARA PENYERTAAN

Langkah 1:

BELI minimum RM5 mana-mana Perisa Roti Krim Gardenia QuickBites dalam 1 resit.

Langkah 2:

JAWAB SOALAN: Produk keluaran baharu Gardenia QuickBites adalah dalam perisa Durian dan Strawberi. Betul / Salah?

Langkah 3: 

IMBAS kod QR atau HANTAR butiran melalui WhatsApp ke nombor 017-6754410: gambar resit (BUKTI PEMBELIAN) bersama nama penuh, No. KP, dengan jawapan yang tepat.

Cth : (Gambar Resit, Ali Bin Abu, 910101-14-1234, Betul)


TERMA & SYARAT

Peraduan Gardenia QuickBites Ke Goldbites dianjurkan oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (“Pihak Penganjur”). Dengan menyertai Promosi, anda (“Peserta”) mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk menerima Terma dan Syarat yang tertera seperti berikut: -

Pihak Penganjur

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Peraduan

Peraduan QuickBites Ke Goldbites

Tempoh Peraduan

a. Peraduan ini akan berlangsung dari 1 Ogos 2025 hingga 12 Oktober 2025.

 

b. Semua penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum 23:59:59 (waktu Malaysia) pada 12 Oktober 2025. Sebarang penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan ini akan dibatalkan secara automatik.

 

c. Untuk penyertaan mingguan, Penganjur akan menerima penyertaan pada atau sebelum 23:59:59 (waktu Malaysia) pada tarikh akhir setiap "Minggu Peraduan" seperti yang tertera di bawah:

 

        Minggu Peraduan 1: 1 Ogos – 9 Ogos 2025;

        Minggu Peraduan 2: 10 Ogos – 16 Ogos 2025;

        Minggu Peraduan 3: 17 Ogos – 23 Ogos 2025;

        Minggu Peraduan 4: 24 Ogos – 30 Ogos 2025;

        Minggu Peraduan 5: 31 Ogos – 6 September 2025;

        Minggu Peraduan 6: 7 September – 13 September 2025;

        Minggu Peraduan 7: 14 September – 20 September 2025;

        Minggu Peraduan 8: 21 September – 27 September 2025;

        Minggu Peraduan 9: 28 September – 4 Oktober 2025;

        Minggu Peraduan 10: 5 Oktober – 12 Oktober 2025.

 

Kelayakan

Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang menetap dan beralamat tempat tinggal di Malaysia dengan dokumen pengenalan diri yang sah, berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permulaan Peraduan, kecuali kakitangan Penganjur dan ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat sekutunya, pembekal/ pengedar, agensi-agensi promosi, dan agensi-agensi pengiklanan/ perhubungan yang terlibat dalam peraduan ini. Penyertaan hanya sah di Semenanjung Malaysia sahaja.

Produk Yang Turut Serta & Jumlah Penyertaan Peraduan Yang Layak

 

Produk Yang Turut Serta

Gardenia QuickBites Roti Krim Perisa Durian

Gardenia QuickBites Roti Krim Perisa Strawberi

Gardenia QuickBites Roti Krim Vanila

Gardenia QuickBites Roti Krim Jagung

Gardenia QuickBites Roti Krim Coklat

Gardenia QuickBites Roti Krim Butter Sugar

Gardenia QuickBites Gold Roti Krim Black Forest

Gardenia QuickBites Gold Roti Krim Karamel Masin

Gardenia QuickBites Gold Roti Krim Coklat Kacang Hazel

Gardenia QuickBites Gold Roti Krim Pandan Gula Melaka

 

  • Layak: Beli mana-mana produk Gardenia Roti Krim Perisa (Durian/Strawberi/Coklat/Jagung/Vanila/ButterSugar/Black Forest/ Karamel Masin/ Coklat Kacang Hazel/Pandan Gula Melaka) QuickBites yang berjumlah RM 5 atau lebih.
    = 1 penyertaan.
  • Tidak layak: Beli mana-mana pek selain daripada Gardenia Roti Perisa QuickBites seperti Gardenia Ban PUAZZ! atau mana-mana kategori roti yang selain daripada Gardenia Roti Krim Perisa (Durian/Strawberi/Coklat/Jagung/Vanila/ButterSugar/Black Forest/ Karamel Masin/ Coklat Kacang Hazel/Pandan Gula Melaka) QuickBites. = 0 penyertaan.

Cara-Cara Penyertaan

a.  Para Peserta harus membeli mana-mana “Produk Yang Turut Serta” bernilai RM5.00 dan ke atas dalam satu (1) resit/invois semasa Tempoh Peraduan secara luar talian sahaja (in-store) dari mana-mana peruncit atau kedai di Semenanjung Malaysia sahaja. Satu (1) resit/invois tersebut layak untuk satu (1) penyertaan. (hanya di Semenanjung Malaysia).

b. Jawab satu soalan: Produk keluaran baharu Gardenia QuickBites adalah perisa Durian dan Strawberi. 
    Betul / Salah?

c. Hantar butiran berikut melalui WhatsApp ke 017-6754410 atas kos dan perbelanjaan Peserta sendiri:

 

        Gambar jelas seluruh resit/invois bercetak asal yang lengkap;

        Nama penuh seperti KP;

        Nombor KP

        Jawapan kepada soalan di klausa 6.b.

 

d. Simpan resit/invois pembelian asal bertarikh dalam Tempoh Peraduan dengan butiran resit/invois yang sepadan dengan penyertaan yang dihantar sebagai “Bukti Pembelian”.

 

e. Para Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan butiran yang diperlukan dan Bukti Pembelian yang berlainan.

 

f. Para Peserta tidak dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan dengan Bukti Pembelian yang sama kepada Penganjur.

 

g. Sekiranya Bukti Pembelian yang sama diterima oleh Penganjur dalam pelbagai penyertaan, penyertaan yang paling awal diterima akan diambil kira. Penganjur mempunyai hak mutlak untuk menolak mana-mana penyertaan selepas itu dengan Bukti Pembelian yang sama, sama ada dengan nama Peserta yang lain atau sebaliknya.

Hadiah-hadiah Peraduan

a.     Terdapat sebanyak 100 hadiah untuk dimenangi dalam Peraduan ini:

  • Hadiah Mingguan
    •  5 Pemenang x 1.7g Loket Emas 999 Durian x 10 Minggu Peraduan
    • 5 Pemenang x 1.7g Loket Emas 999 Strawberi x 10 Minggu Peraduan
      (Sejumlah 100 Hadiah Mingguan keseluruhan untuk dimenangi)

b.  Setiap peserta hanya layak untuk memenangi maksimum satu (1) hadiah sahaja sepanjang Tempoh Peraduan.

Perincian Pengadilan

Penyertaan yang diterima akan disemak dan disahkan berdasarkan perkara-perkara berikut:

a. Semua maklumat yang diminta dan diperlukan mestilah diisi dalam talian (WhatsApp) dengan betul dan tepat.

b. Gambar Bukti Pembelian yang dilampirkan menunjukkan dengan jelas Produk Yang Turut Serta dan bilangan yang dibeli, nombor resit, tarikh resit dalam Tempoh Peraduan, nilai pembelian dan nama kedai.

c. Hanya resit-resit pembelian yang asal dan sah dengan maklumat dan butiran produk yang jelas dan lengkap akan diterima. Resit-resit yang sukar dibaca, rosak, diubah, disalin semula, dicetak semula, diperolehi secara tidak sah, tersalah cetak atau kesilapan lain atau cetakan tidak jelas atau tidak mengandungi maklumat yang diperlukan adalah tidak sah dan tidak akan diterima. Penganjur mempunyai budi bicara mutlak dan hak untuk membatalkan kelayakan mana-mana resit tidak sah tersebut tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

d. Resit/invois tanpa deskripsi Produk Yang Turut Serta atau deskripsi produk yang tidak jelas, resit/invois manual atau tulisan tangan, resit/invois e-dagang, pesanan pembelian, nota penghantaran, slip transaksi kad kredit/debit, tangkap layar e-resit dan tangkap layar transaksi bank atau e-dompet tidak akan diterima sebagai bukti pembelian

e. Pembelian secara pukal terus daripada kilang Penganjur adalah tidak layak untuk menyertai Peraduan ini.

Cara Pemilihan Pemenang

a. Hadiah Mingguan x 10 pemenang x 10 Minggu Peraduan:

Pemenang Hadiah Mingguan yang layak akan ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Minggu Peraduan dibahagikan dengan 10.5. Sebagai contoh, jika terdapat sebanyak 2,101 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 10.5 dan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 200. Maka penyertaan layak ke-200, ke-400, ke-600 dan seterusnya sehingga ke-2,000 akan disenarai pendek dan layak memenangi Hadiah Mingguan setiap satu untuk Minggu Peraduan tersebut.

b. Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui nombor telefon agensi promosi 017-6754410. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, dua (2) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh dua puluh empat (24) jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, kelayakan pemenang tersebut akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.

c. Para pemenang yang layak dikehendaki menghantar kepada pihak Penganjur semua resit asal, salinan kad pengenalan dan alamat terkini dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh pemberitahuan. Sekiranya gagal, kelayakan pemenang tersebut akan dibatalkan. 

d. Pemenang akan diumumkan selepas setiap Minggu Peraduan tamat di:

Tarikh Tuntutan/Serahan Hadiah

a.   Hadiah akan diproses untuk dihantar kepada atau dituntut oleh pemenang dalam tempoh 6-8 minggu selepas tamat Tempoh Peraduan. Penganjur berhak untuk melanjutkan tempoh masa yang dinyatakan di bawah klausa ini diatas sebab-sebab di luar kawalan Penganjur.

 

b.    Pemenang akan menerima satu surat tuntutan hadiah dan dikehendaki menuntut hadiah masing-masing dari cawangan HABIB yang ditetapkan dalam tempoh masa yang diberikan.

 

c.   Hadiah mesti dituntut dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh pengumuman pemenang atau notis tuntutan hadiah, yang mana lebih awal. Hadiah-hadiah yang gagal dituntut akan dilupuskan oleh Penganjur.

 

d.  Peserta mungkin dikehendaki untuk mengemukakan bukti pengenalan diri semasa penuntutan hadiah untuk tujuan pengesahan. Bentuk-bentuk bukti pengenalan diri yang diterima oleh Penganjur adalah kad pengenalan Malaysia atau lesen memandu Malaysia yang sah. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang atas kegagalan dalam mengemukakan bukti pengenalan diri yang sah.

 

e.    Pemenang mungkin dikehendaki untuk menghadiri upacara penyampaian hadiah di Lembah Klang pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh Penganjur. Kegagalan untuk hadir akan menyebabkan kelayakan pemenang dan hadiah dibatalkan.

 

f.     Pihak Penganjur mempunyai hak mutlak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, dikembalikan atau ditukar untuk apa-apa format atas sebarang sebab. Semua hadiah diberikan dalam 'keadaan sedia ada'.

Lain-lain

a. Semua kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang dikenakan untuk menyertai Peraduan, menghadiri upacara penyampaian hadiah dan untuk menebus hadiah adalah tanggungjawab Peserta sepenuhnya.

b. Para Peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam Peraduan dan daripada tuntutan/ penggunaan hadiah.

c. Pihak Penganjur dan kesemua pihak yang terlibat dalam Peraduan ini termasuk pengarah, pegawai dan ejen adalah tidak bertanggungjawab terhadap yang berikut:

  • Campur tangan oleh pihak yang tidak berkenaan;
  • Kesilapan manusia dan kegagalan elektronik/teknikal dalam pentadbiran Peraduan ini;
  • Sebarang penyertaan yang salah dihantar atau tidak diterima atas apa-apa sebab; dan
  • Semua liabiliti (termasuk kematian) yang terlibat sama ada disebabkan penggunaan hadiah dan/atau penyertaan dalam Peraduan ini secara langsung atau tidak langsung

d. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, menukar atau mengubah Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu dan para Peserta akan terikat dengan perubahan kepada Terma dan Syarat ini.

e. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat dan panggilan tidak akan dilayan.

f. Dengan menyertai Peraduan, setiap Peserta memberi keizinan kepada Penganjur untuk menyimpan maklumat peribadi mereka dan memproses maklumat peribadi mereka untuk tujuan Peraduan, dan setiap Peserta bersetuju bahawa pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar Peserta serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan di media cetak dan media elektronik tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.

g. Penganjur akan mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan Peserta. Maklumat ini disimpan oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan Peserta. Dengan memberi maklumat peribadi Peserta, Peserta mengakui dan mengesahkan bahawa kebenaran diberikan kepada pihak Penganjur dan/atau ejen-ejen sahnya untuk menggunakan maklumat berkenaan untuk tujuan pemasaran dan promosi masa kini atau masa hadapan dan untuk menambahbaikkan produk-produk dan perkhidmatannya. Maklumat peribadi Peserta tidak akan diberikan atau dikongsi dengan pihak-pihak ketiga untuk kegunaan mereka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/ms/polisi-dan-privasi.

Untuk pertanyaan lanjut tentang Peraduan ini, sila hubungi Hotline 017-6754410 melalui mesej WhatsApp sahaja, Isnin – Jumaat, 10 pagi – 5 petang, kecuali cuti umum.