TERMA & SYARAT - PERADUAN KIRA FRANKFURTER & MENANG 2023

LANGKAH-LANGKAH PENYERTAAN PERADUAN KIRA FRANKFURTER & MENANG 2023

Langkah 1: Ikuti kami di laman Instagram & Facebook dan “like” post ini.

Langkah 2: Komen jawapan yang betul di ruang komen ini dan sertakan slogan "#GardeniaOriginalClassicFrankfurter menjadi pilihan saya kerana…” (20 patah perkataan sahaja)

Langkah 3: Jangan lupa untuk kongsikan posting “Peraduan Kira Frankfurter & Menang” ini!

 

TERMA & SYARAT - PERADUAN KIRA FRANKFURTER & MENANG 2023

  1. Tempoh Peraduan Kira Frankfurter & Menang ini adalah dari 15hb November 2023 – 21hb November 2023 dan tarikh tamat Peraduan adalah pada 21hb November 2023, jam 11.59 malam.

  2. Peraduan Kira Frankfurter & Menang ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia sahaja dan berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun ke atas pada tarikh penyertaan peraduan.

  3. Peraduan ini hanya sah di laman rasmi Facebook atau Instagram Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. sahaja iaitu https://www.facebook.com/GardeniaKL ATAU https://www.instagram.com/gardenia_kl

  4. Peserta boleh menghantar penyertaan sebanyak mungkin semasa tempoh peraduan berlangsung.

  5. Pengumuman para pemenang akan dibuat melalu laman sosial Facebook: https://www.facebook.com/GardeniaKL & Instagram: https://www.instagram.com/gardenia_kl/ dan para pemenang akan dihubungi oleh pihak Gardenia melalui laman sosial tersebut.

  6. Hanya 50x pemenang sahaja yang akan dipilih untuk memenangi hadiah Touch 'n Go eWallet RM50 seorang.

  7. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. berhak memilih pemenang berdasarkan kriteria dibawah:

    • Meneka jumlah Gardenia Original Classic Frankfurter dengan betul yang terdapat dalam video ini.
    • Slogan yang kreatif dan mengikut tema #GardeniaOriginalClassicFrankfurter.
    • Setiap langkah yang disenaraikan haruslah diikuti seperti dinyatakan di atas. Sila rujuk LANGKAH-LANGKAH PENYERTAAN PERADUAN KIRA FRANKFURTER & MENANG 2023 untuk maklumat lanjut.
  8. Pihak penganjur berhak mendapatkan bukti penyertaan dalam apa jua cara sebagai bukti kesemua LANGKAH-LANGKAH PENYERTAAN (Langkah 1 – Langkah 3) telah lengkap dibuat untuk pemilihan pemenang.

  9. Pemenang-pemenang perlu PM (Private Message) GardeniaKL dalam masa 3 hari selepas pengumuman pemenang dilakukan. Maklumat- maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

    • Nama Penuh (seperti dalam Kad Pengenalan atau kad MyPR)
    • Nombor & salinan kad pengenalan (Sebagai langkah keselamatan, pastikan anda silangkan dan tuliskan ‘Untuk Kegunaan Kira Frankfurter & Menang 2023’ di salinan Kad Pengenalan atau kad MyPR
    • Nombor telefon
    • Emel
  10. Hadiah wang tunai yang dimenang tidak boleh dipindah milik. Pemenang harus memberikan maklumat Touch 'n Go eWallet atas nama sendiri sahaja. Hadiah Touch 'n Go eWallet tersebut akan dibuat secara “Online Transfer” dalam tempoh 14 hari bekerja.

  11. Sekiranya Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. tidak menerima sebarang maklum balas mengenai maklumat yang dikehendaki daripada pemenang yang dipilih dalam masa 2 hari bekerja selepas pengumuman dibuat, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. berhak untuk memilih pemenang yang baru sebagai pengganti.

  12. Keputusan Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. dalam semua perkara berkaitan peraduan ini adalah muktamad. Sebarang rundingan mahupun surat menyurat tidak akan dilayan.

  13. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. mempunyai hak mutlak untuk menukar, membatalkan dan/atau menamatkan penyertaan peserta, tanpa perlu memberi notis/ keterangan lanjut terlebih dahulu.

  14. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. mempunyai hak mutlak untuk mengubah suai, menunda atau membatalkan peraduan ini pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis.

  15. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua kesulitan atau sebarang perkara yang tidak diingini yang berlaku/terjadi sewaktu tempoh peraduan atau di luar tempoh peraduan ini.

  16. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat dan gambar pemenang untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi, dan/atau untuk mengumumkan nama pemenang dalam media cetak dan media elektronik.

  17. Dengan menyertai peraduan ini, peserta mengakui bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap.

  18. Peserta juga memahami segala terma dan syarat peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhinya.

  19. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. bagi tujuan pemprosesan dan juga tidak dihadkan kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti pemasaran berkenaan produk dan tawaran terbaru kami berserta sebarang tujuan pengemaskinian yang diperlukan oleh pihak kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/ms/polisi-dan-privasi