TERMA & SYARAT PERADUAN MASAK & MENANG NUMEE GARDENIA

PERADUAN MASAK & MENANG NUMEE GARDENIA

Langkah 1: LIKE & FOLLOW Facebook rasmi NuMee Gardenia https://www.facebook.com/numeegardeniaofficial

Langkah 2: Beli mana-mana produk NuMee Gardenia sama ada Mi Kuning (450g atau 900g) atau Mi Segera (Perisa Kari, Ayam atau Goreng).

Langkah 3: Ambil gambar masakan menggunakan produk NuMee dan kongsikan di ruangan komen post peraduan.

Langkah 4: Sertakan juga resipi lengkap bersama gambar tersebut dan tag 3 rakan.

Langkah 5: Akhir sekali, kongsikan post peraduan di wall anda berserta hashtag #MasakDenganNuMee #NuMeeKongsiResipi.

 

TERMA & SYARAT PERADUAN MASAK & MENANG NUMEE GARDENIA

Tempoh bagi peraduan ini bermula pada 1hb Oktober 2023 – 31hb Oktober 2023.

  1. Hantarkan penyertaan anda di ruangan komen sebelum 11.59pm, 31hb Oktober 2023. Sebarang penyertaan yang diterima selepas 31hb Oktober 2023 tidak akan dilayan.

  2. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara yang bermastautin di Semenanjung Malaysia sahaja (tidak termasuk Sabah & Sarawak) dan berumur 18 tahun ke atas.

  3. Peraduan ini hanya sah di platform Facebook NuMee Gardenia sahaja iaitu: https://www.facebook.com/numeegardeniaofficial

  4. Peserta hendaklah mengikuti kesemua Langkah - Langkah ‘Cara Penyertaan Peraduan Masak & Menang NuMee Gardenia’ seperti yang dinyatakan di atas.

  5. Penyertaan yang tidak jelas/ tidak lengkap atau/dan tidak mematuhi kesemua terma & syarat yang telah ditetapkan akan dibatalkan/ hilang kelayakan.

  6. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Namun, hanya SATU penyertaan anda sahaja yang akan dinilai dan layak untuk memenangi hadiah sepanjang tempoh peraduan dari 1hb Oktober - 31hb Oktober 2023, jika dipilih:

  7. Pihak NuMee akan memilih dua puluh tiga (23) orang pemenang sahaja untuk memenangi hadiah-hadiah berikut:

    • 1x Hadiah Utama: Tefal Ultra Fry Digital Air Fryer EY111 dan wang tunai RM500 (Ringgit Malaysia Lima Ratus sahaja).
    • 2x Pemenang Hadiah Kedua: Tefal Opti'Space 5-Piece Set dan wang tunai RM200 (Ringgit Malaysia Dua Ratus sahaja) bagi setiap pemenang.
    • 20x Pemenang Hadiah Saguhati: Wang tunai berjumlah RM100 (Ringgit Malaysia Satu Ratus sahaja) bagi setiap pemenang.
  8. Pihak NuMee akan memilih pemenang berdasarkan kriteria di bawah:

    • Gambar hidangan serta resipi kreatif yang memikat hati para juri
    • Setiap langkah yang disenaraikan haruslah diikuti seperti dinyatakan di atas. Sila rujuk CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN MASAK & MENANG NUMEE GARDENIA untuk maklumat lanjut.
  9. Pihak penganjur berhak mendapatkan bukti penyertaan seperti yang tertera di CARA-CARA Penyertaan Langkah 1 - Langkah 5 untuk pemilihan pemenang.

  10. Pihak penganjur juga berhak untuk menggantikan hadiah-hadiah dengan mana-mana hadiah-hadiah lain yang mempunyai nilai yang serupa sepertimana yang ditetapkan.

  11. Pengumuman pemenang akan dibuat pada 9hb November 2023 di Facebook rasmi Numee Gardenia.

  12. Pemenang dikehendaki untuk PM (Private Message) maklumat mereka dalam tempoh tiga (3) hari setelah pengumuman dibuat untuk tujuan penebusan hadiah. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

    • Nama Penuh seperti yang tertera pada Kad Pengenalan
    • Nombor & salinan Kad Pengenalan (Sebagai langkah keselamatan, jangan lupa silangkan dan tuliskan ‘Untuk Kegunaan Peraduan Masak & Menang NuMee Gardenia pada salinan Kad Pengenalan)
    • Alamat Tempat Tinggal (Pemenang Hadiah Utama dan Kedua SAHAJA)
    • Nombor Telefon
  13. Sekiranya pihak NuMee tidak menerima sebarang maklum balas mengenai maklumat daripada pemenang dalam tempoh tiga (3) hari setelah pengumuman dibuat, pihak NuMee berhak untuk memilih pemenang yang lain sebagai ganti.

  14. Hadiah wang tunai sebanyak RM2,900 yang dimenangi semua pemenang tidak boleh dipindah milik. Pemenang harus memberikan maklumat bank atas nama sendiri sahaja. Hadiah wang tunai tersebut akan dibuat secara “Online Transfer” dalam tempoh 14-21 hari bekerja selepas pemenang diumumkan.

  15. Hadiah yang dimenangi (bagi pemenang Hadiah Utama dan Kedua) juga akan di hantar ke alamat yang diberikan dalam tempoh 14-21 hari bekerja.

  16. Keputusan pihak NuMee dalam semua perkara berkaitan peraduan ini adalah muktamad. Sebarang rundingan mahupun surat menyurat tidak akan dilayan.

  17. Pihak NuMee berhak untuk menukar, membatalkan dan/atau menamatkan penyertaan peserta, tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu.

  18. Pihak NuMee berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat dan gambar pemenang untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi, atau untuk mengumumkan nama pemenang dalam media cetak dan media elektronik.

  19. Semua peserta mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap.

  20. Peserta juga memahami segala terma dan syarat peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhinya.

  21. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. bagi tujuan pemprosesan dan juga tidak dihadkan kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti pemasaran berkenaan produk dan tawaran terbaru kami berserta sebarang tujuan pengemaskinian yang diperlukan oleh pihak kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/ms/polisi-dan-privasi