PERADUAN PUAZZ PUAZZ HOT AH 2024

TERMA & SYARAT

Peraduan Puazz Puazz Hot Ah 2024 dianjurkan oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. “Pihak Penganjur”. Dengan menyertai peraduan ini, anda “Peserta” mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk menerima terma dan syarat yang tersenarai seperti berikut:- 

Pihak Penganjur Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd
Nama Peraduan Puazz Puazz Hot Ah 2024
Tempoh Promosi Peraduan ini bermula dari 2hb Februari 2024 hingga 29hb Februari 2024.
Kelayakan
  1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara yang bermastautin di Semenanjung Malaysia dengan dokumen pengenalan yang sah dan beralamat tempat tinggal di Semenanjung Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permulaan peraduan kecuali kakitangan pihak penganjur dan ahli keluarga terdekat termasuk syarikat-syarikat sekutunya, pembekal atau pengedar, agensi-agensi promosi, dan agensi-agensi pengiklanan dan perhubungan yang terlibat dalam peraduan ini.
  2. Peraduan ini sah hanya di platform Facebook & Instagram PUAZZ! Gardenia sahaja.
Cara-cara Penyertaan Peraduan Puazz Puazz Hot Ah 2024 di FACEBOOK

Langkah 1:
‘Like’ dan Follow’ Facebook & Instagram rasmi PUAZZ! Gardenia.

Langkah 2:
Ambil gambar anda bersama aksi terbaik untuk Peraduan "Puazz Puazz Hot Ah 2024".

Langkah 3:
Muat naik (post) gambar anda di ruang komen dan sertakan hashtag #PuazzPuazzHotAh2024 dan tag page Puazz! Gardenia.
(Pastikan akaun anda diset pada umum (tidak diset privasi) supaya pihak penganjur boleh lihat dan menilai)

Cara-cara Penyertaan Peraduan Puazz Puazz Hot Ah 2024 di INSTAGRAM

Langkah 1:
‘'LIKE' dan 'FOLLOW' laman Facebook atau Instagram

Langkah 2:
Kongsikan gambar anda dalam versi kreatif “PUAZZ PUAZZ HOT AH!".

Langkah 3:
Muat naik (post) gambar terbaik anda di wall anda dan tag Puazz! Gardenia berserta hashtag #PuazzPuazzHotAh2024.
(Pastikan akaun anda diset pada umum (public) supaya pihak penganjur boleh lihat dan menilai)

Tarikh Akhir Penyertaan

Semua penyertaan perlu dimuat naik di laman sosial pada atau sebelum 23:59:59 pada 29hb Februari 2024. Sebarang penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan akan dibatalkan kelayakan penyertaan secara automatik.

Hadiah

Pihak PUAZZ! Gardenia akan memilih sepuluh (10) orang pemenang sahaja untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM88.00 (Ringgit Malaysia Lapan Puluh Lapan sahaja) bagi setiap pemenang.

a. 5x pemenang dari Facebook
b. 5x pemenang dari Instagram

Cara pemilihan pemenang
  • Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar yang paling kreatif & menarik, akaun diset untuk tatapan umum (tidak di set privasi) dan kapsyen yang menarik.
  • Setiap langkah yang disenaraikan haruslah diikuti seperti dinyatakan di atas. Sila rujuk Cara-cara Penyertaan untuk maklumat lanjut.
Hadiah Pemenang
  1. Pemenang-pemenang perlu PM (Private Message) PUAZZ! Gardenia dalam masa 2 hari selepas pengumuman pemenang dilakukan. Maklumat- maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
    a. Nama Penuh (seperti dalam Kad Pengenalan Malaysia)
    b. Nombor & salinan kad pengenalan (Sebagai langkah keselamatan, pastikan anda silangkan dan tuliskan ‘Untuk Kegunaan Peraduan #PuazzPuazzHotAh2024’ di salinan Kad Pengenalan)
    c. Nombor telefon
    d. Emel
    e. Nombor Akaun Bank
    f. Nama Bank
  2. Hadiah wang tunai sebanyak RM88.00 tidak boleh dipindah milik. Pemenang harus memberikan maklumat bank atas nama sendiri sahaja. Hadiah wang tunai tersebut akan dibuat secara “Online Transfer” dalam tempoh 14 hari bekerja.
  3. Sekiranya PUAZZ! Gardenia tidak menerima sebarang maklum balas mengenai maklumat yang dikehendaki daripada pemenang yang dipilih dalam masa 2 hari bekerja selepas pengumuman dibuat, PUAZZ! Gardenia berhak untuk memilih pemenang yang baru sebagai pengganti.
  4. Keputusan PUAZZ! Gardenia dalam semua perkara berkaitan peraduan ini adalah muktamad. Sebarang rundingan mahupun surat menyurat tidak akan dilayan
  5. PUAZZ! Gardenia mempunyai hak mutlak untuk menukar, membatalkan dan / atau menamatkan penyertaan peserta, tanpa perlu memberi notis / keterangan lanjut terlebih dahulu.
  6. PUAZZ! Gardenia tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua kesulitan atau sebarang perkara yang tidak diingini yang berlaku / terjadi sewaktu tempoh peraduan atau di luar tempoh peraduan ini.
  7. PUAZZ! Gardenia berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat dan gambar pemenang untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi, dan / atau untuk mengumumkan nama pemenang dalam media cetak dan media elektronik, tanpa perlu memberi notis/ keterangan lanjut terlebih dahulu dan pemenang tidak boleh menuntut hak mutlak / ganti rugi atas penggunaan tersebut.
  8. Peserta juga memahami segala terma dan syarat peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhinya.
  9. Dengan menyertai peraduan ini, peserta mengakui bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap.
  10. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada PUAZZ! Gardenia bagi tujuan pemprosesan dan juga tidak dihadkan kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti pemasaran berkenaan produk dan tawaran terbaru kami berserta sebarang tujuan pengemaskinian yang diperlukan oleh pihak kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/ms/polisi-dan-privasi