TERMA & SYARAT – PERADUAN SPOT, SNAP & WIN

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN SPOT, SNAP & WIN

Langkah 1: LIKE & FOLLOW Facebook rasmi NuMee Gardenia https://www.facebook.com/numeegardeniaofficial

Langkah 2: Ambil gambar anda di mana-mana sudut yang mempunyai logo NuMee di dalam LRT NuMee Mi Segera (Gambar hendaklah di ambil DI BAHAGIAN DALAM LRT SAHAJA & mengikut kreativiti anda)

Langkah 3: Kongsikan gambar anda di ruangan komen post peraduan dan lengkapkan slogan dengan kreatif ‘Saya memilih NuMee Mi Segera kerana.....’ (tidak lebih 20 patah perkataan)

Langkah 4: Tag 2 rakan bersama gambar dan slogan

Langkah 5: Kongsikan post Peraduan ini di wall anda berserta hashtag #JumpaNuMeeDiLRT

 

TERMA & SYARAT – PERADUAN SPOT, SNAP & WIN

  1. Tempoh bagi peraduan ini bermula pada 5hb Mei 2023 – 31hb Julai 2023.

  2. Hantarkan penyertaan anda di ruangan komen sebelum 11.59pm, 31hb Julai 2023. Sebarang penyertaan yang diterima selepas 31hb Julai 2023 tidak akan dilayan.

  3. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara yang bermastautin di Semenanjung Malaysia sahaja (tidak termasuk Sabah & Sarawak) dan berumur 18 tahun ke atas.

  4. Peraduan ini hanya sah di platform Facebook NuMee Gardenia sahaja iaitu: https://www.facebook.com/numeegardeniaofficial

  5. Peserta hendaklah mengikuti kesemua Langkah - Langkah ‘Cara Penyertaan Peraduan Spot, Snap & Win’ seperti yang dinyatakan di atas.

  6. Penyertaan yang tidak jelas/ tidak lengkap atau/dan tidak mematuhi kesemua terma & syarat yang telah ditetapkan akan dibatalkan/ hilang kelayakan.

  7. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Namun, hanya SATU penyertaan anda sahaja yang akan dinilai dan layak untuk memenangi Touch n’ Go E-Wallet dan NuMee Mi Segera sepanjang tempoh peraduan dari 5hb Mei 2023 – 31hb Julai 2023, jika dipilih.

  8. Pihak NuMee akan memilih satu (1) orang pemenang sahaja untuk memenangi hadiah utama Touch n’ Go E-Wallet bernilai RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu sahaja) beserta NuMee Mi Segera.

  9. Enam puluh (60) orang pemenang akan menerima Touch n’ Go E-Wallet bernilai RM50 (Ringgit Malaysia Lima Puluh sahaja) setiap seorang beserta NuMee Mi Segera.

  10. Dua puluh (20) orang pemenang akan dipilih pada setiap bulan: Mei, Jun & Julai.

  11. Pihak NuMee membuat pengumuman pemenang di Facebook rasmi NuMee Gardenia pada hujung bulan sepanjang tempoh peraduan:-
    Pemenang Bulan Mei: 9hb Jun 2023
    Pemenang Bulan Jun: 11hb Julai 2023
    Pemenang Bulan Julai dan Pemenang Hadiah Utama: 9hb Ogos 2023

  12. Pihak NuMee akan memilih pemenang berdasarkan kriteria di bawah:

    1. Gambar di dalam LRT NuMee Mi Segera beserta slogan kreatif
    2. Setiap langkah yang disenaraikan haruslah diikuti seperti dinyatakan di atas. Sila rujuk CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN SPOT, SNAP & WIN untuk maklumat lanjut.
  13. Pemenang dikehendaki untuk PM (Private Message) maklumat mereka dalam tempoh tiga (3) hari setelah pengumuman dibuat untuk tujuan penebusan hadiah. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

    1. Nama Penuh seperti yang tertera pada Kad Pengenalan
    2. Nombor & salinan Kad Pengenalan (Sebagai langkah keselamatan, jangan lupa silangkan dan tuliskan ‘Untuk Kegunaan Peraduan Spot, Snap & Win pada salinan Kad Pengenalan)
    3. Nombor Telefon
    4. Alamat Tempat Tinggal
  14. Hadiah Touch n’ Go E-Wallet keseluruhan bernilai RM4,000.00 tidak boleh dipindah milik.

  15. Sekiranya pihak NuMee tidak menerima sebarang maklum balas mengenai maklumat daripada pemenang dalam tempoh tiga (3) hari setelah pengumuman dibuat, pihak NuMee berhak untuk memilih pemenang yang lain sebagai ganti.

  16. Keputusan pihak NuMee dalam semua perkara berkaitan peraduan ini adalah muktamad. Sebarang rundingan mahupun surat menyurat tidak akan dilayan.

  17. Pihak NuMee berhak untuk menukar, membatalkan dan/atau menamatkan penyertaan peserta, tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu.

  18. Pihak NuMee tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang akan terjadi kepada peserta sepanjang tempoh peraduan ini.

  19. Pihak NuMee berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat dan gambar pemenang untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi, atau untuk mengumumkan nama pemenang dalam media cetak dan media elektronik.

  20. Semua peserta mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap.

  21. Peserta juga memahami segala terma dan syarat peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhinya.

  22. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. bagi tujuan pemprosesan dan juga tidak dihadkan kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti pemasaran berkenaan produk dan tawaran terbaru kami berserta sebarang tujuan pengemaskinian yang diperlukan oleh pihak kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/ms/polisi-dan-privasi