TERMA & SYARAT

Promosi SIHAT DAN BERTENAGA BERSAMA GARDENIA BREAKTHRU & MENANG HADIAH SEHINGGA RM17,500.00* (” Promosi”) dianjurkan oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (” Pihak Penganjur”). Dengan menyertai Promosi, anda (” Peserta”) mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk menerima Terma dan Syarat yang tersenarai seperti berikut: -

Pihak Penganjur Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd
Promosi SIHAT DAN BERTENAGA BERSAMA GARDENIA BREAKTHRU & MENANG HADIAH SEHINGGA RM17,500.00*
Tempoh Promosi Promosi ini berlangsung dari 1 Oktober 2023 hingga 31 Disember 2023.
Kelayakan Promosi ini terbuka kepada semua permastautin di Malaysia dengan dokumen pengenalan (MyKad) yang sah dan beralamat tempat tinggal di Malaysia, berumur 18 tahun tahun dan ke atas pada tarikh permulaan Tempoh Promosi.
Cara-Cara Penyertaan

Langkah 1:
Beli minimum satu (1) buku roti Gardenia Breakthru yang terlibat dalam satu resit pembelian dalam Tempoh Promosi.

Langkah 2:
Hantar melalui Whatsapp ke nombor 019-7207919 gambar resit (Bukti Pembelian) bersama nama penuh, no. Mykad dengan jawapan yang betul (resit, Alina Binti Abdullah, 960907-10-5094, Betul)

PRODUK YANG TERLIBAT

  • Roti Gandum Penuh Gardenia Breakthru
  • Roti Mil Penuh Dengan Gandum Ungu Kanada Gardenia Breakthru
  • Roti Bran & Germa Gandum Gardenia Breakthru

Soalan Promosi: Roti Bran & Germa Gandum Gardenia Breakthru mengandungi kalsium yang tinggi (Betul/Salah)

1 Buku Roti Bran & Germa Gandum Gardenia Breakthru mewakili dua (2) Penyertaan dan dua nombor siri akan diberikan berturut – turut secara belakang tabir. Manakala, Setiap satu (1) Buku Roti Gandum Penuh Gardenia Breakthru dan Roti Mil Penuh Dengan Gandum Ungu Kanada Gardenia Breakthru mewakili satu (1) Penyertaan, dan satu nombor siri akan diberikan secara belakang tabir untuk tujuan pemilihan pemenang.

Tarikh Akhir Penyertaan

Semua Penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum 23:59:59 pada 31hb Disember 2023. Sebarang Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Promosi akan dibatalkan secara automatik.

Untuk Penyertaan mingguan, Penganjur akan menerima Penyertaan pada atau sebelum 23:59:59 pada tarikh akhir setiap "Minggu Promosi" seperti yang tertera di bawah:

  • Minggu 1: 1 Oktober 2023 – 7 Oktober 2023
  • Minggu 2: 8 Oktober 2023 – 14 Oktober 2023
  • Minggu 3: 15 Oktober 2023 – 21 Oktober 2023
  • Minggu 4: 22 Oktober 2023 – 28 Oktober 2023
  • Minggu 5: 29 Oktober 2023 – 4 November 2023
  • Minggu 6: 5 November 2023 – 11 November 2023
  • Minggu 7: 12 November 2023 – 18 November 2023
  • Minggu 8: 19 November 2023 - 25 November 2023
  • Minggu 9: 26 November 2023 - 2 Disember 2023
  • Minggu 10: 3 Disember 2023 - 9 Disember 2023
  • Minggu 11: 10 Disember 2023 - 16 Disember 2023
  • Minggu 12: 17 Disember 2023 - 23 Disember 2023
  • Minggu 13: 24 Disember 2023 - 31 Disember 2023
Hadiah

Sebanyak 71 Hadiah akan ditawarkan sepanjang Tempoh Promosi.

Hadiah Utama
1 x Sundiro Honda S07 Ebike

Hadiah Kedua
2 x Jam Garmin Forerunner 255

Hadiah Ketiga
3 x RM500 JD Sport Baucar

Hadiah Mingguan
5 x RM100.00 PIN Tambah Nilai Touch ’n Go eWallet x 13 Minggu.
(Sejumlah 65 pemenang sepanjang Tempoh Promosi)

Setiap peserta layak memenangi maksimum dua (2) hadiah sahaja sepanjang Tempoh Peraduan:
1 x Hadiah Mingguan dan 1 x Hadiah Utama
1 x Hadiah Mingguan dan 1 x Hadiah Kedua
1 x Hadiah Mingguan dan 1 x Hadiah Ketiga

Pengumuman pemenang akan dilakukan di https://www.facebook.com/GardeniaKL dan https://www.instagram.com/gardenia_kl/#

Perincian Pengadilan

Penyertaan akan disahkan berdasarkan perkara berikut:

  1. Semua maklumat peribadi yang diperlukan untuk Promosi ini diberikan (Nama Penuh, Nombor MyKad & Jawapan);
  2. Gambar Bukti Pembelian yang menunjukkan Produk Terlibat, nombor resit, tarikh pembelian dalam Tempoh Promosi, nilai pembelian dan nama cawangan jelas kelihatan;
  3. Tiada perubahan atau pertindihan dalam apa-apa bentuk yang dibuat kepada Bukti Pembelian;
  4. Pesanan pembelian dan nota penghantaran tidak akan diterima sebagai Bukti Pembelian.
Pemilihan Pemenang Hadiah Mingguan: 5 x PIN Tambah Nilai eWallet Touch 'n Go bernilai RM100.00 (x 13 minggu)

Terdapat lima [5] x PIN Tambah Nilai eWallet Touch 'n Go bernilai RM100.00 untuk dimenangi setiap minggu selama tiga belas [13] minggu berturut-turut. Secara keseluruhan, terdapat enam puluh lima [65] Hadiah Mingguan untuk dimenangi sepanjang Tempoh Promosi.

Setiap minggu nombor siri yang diperuntukkan kepada setiap Penyertaan Mingguan yang Layak akan ditabulasikan dan dikira sehingga memperoleh jumlah Penyertaan Mingguan Berkelayakan ["Jumlah Penyertaan Mingguan yang Layak"]. Dengan mengandaikan Jumlah Penyertaan Mingguan Layak yang diterima untuk minggu ini ialah 997, Penganjur akan mengira dan memilih Penyertaan pemenang yang disenarai pendek berdasarkan contoh berikut:

997 ÷ 5 = 199.4* = 199
Hadiah Mingguan yang disenarai pendek Penyertaan ialah Penyertaan nombor siri 199* dan nombor siri berikutnya dengan gandaan sebanyak 199.

Contoh nombor siri kemenangan yang disenarai pendek; 199,398,597,796 dan 995.

Seramai 5 pemenang akan dipilih untuk setiap Minggu Promosi.

Formula pembundaran akan dilakukan jika nilai perpuluhan timbul, nombor akan dibundarkan ke bawah ke nombor digit tunggal terdekat.

HADIAH UTAMA - 1 x Sundiro Honda S07 Ebike

Setiap Penyertaan Layak akan diberikan nombor siri secara belakang tabir untuk tujuan proses pemilihan pemenang. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan untuk Penyertaan Layak yang diterima sepanjang Tempoh Promosi (cth., 12600 nombor siri) ÷ 2 = nombor bersiri menang, contohnya: 12600 ÷ 2 = 6300

Oleh itu, pemenang Hadiah Utama ialah Penyertaan nombor siri ke-6300.

Formula pembundaran akan dilakukan jika nilai perpuluhan timbul, nombor akan dibundarkan ke bawah ke nombor digit tunggal terdekat.

Seramai 1 PEMENANG akan dipilih untuk Hadiah Utama sepanjang Tempoh Promosi.

HADIAH KEDUA - 2 x Jam Garmin Forerunner 255 Music

Setiap Penyertaan Layak akan diberikan nombor siri secara belakang tabir untuk tujuan proses pemilihan pemenang. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan untuk Penyertaan Layak yang diterima sepanjang Tempoh Promosi dan ditolak jumlah Penyertaan Pemenang Hadiah Utama (cth., 12600 nombor siri & tolak (-) Penyertaan Pemenang Hadiah Utama, contoh 2) ÷ 2 = nombor siri menang, contohnya: (12600 – 2) ÷ 2 = 6299 (Nombor pengganda dalam hal ini ialah 6299 )

Oleh itu, pemenang Hadiah Kedua ialah Penyertaan nombor siri ke-6299 dan nombor siri berikutnya dengan penggandaan 6299. Contoh nombor yang menang adalah nombor siri 6299 & 12598 akan dipilih sebagai Pemenang.

Formula pembundaran akan dilakukan jika nilai perpuluhan timbul, nombor akan dibundarkan ke bawah ke nombor digit tunggal terdekat.

Seramai 2 PEMENANG akan dipilih untuk Hadiah Kedua sepanjang Tempoh Promosi.

HADIAH KETIGA - 3 x RM500 JD Sport Baucar

Setiap Penyertaan Layak akan diberikan nombor siri secara belakang tabir untuk tujuan proses pemilihan pemenang. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan untuk Penyertaan Layak yang diterima sepanjang Tempoh Promosi (cth., 12600 nombor siri & tolak (-) Penyertaan Pemenang Hadiah Utama, contoh 2 + Penyertaan Pemenang Hadiah Kedua, contoh 5) ÷ 3 = nombor bersiri menang, contohnya: 12600 - ( 2+3) ÷ 3 = 4197.6 =4197 (Nombor pengganda dalam hal ini ialah 4197 )

Oleh itu, pemenang Hadiah Ketiga ialah Penyertaan nombor siri ke-4197 dan nombor siri berikutnya dengan penggandaan 4197. Contoh nombor yang menang adalah nombor siri 4197,8394 & 12591 akan dipilih sebagai Pemenang.

Formula pembundaran akan dilakukan di mana nilai perpuluhan timbul, nombor akan dibundarkan ke bawah ke nombor digit tunggal terdekat.

Seramai 3 PEMENANG akan dipilih untuk Hadiah Ketiga sepanjang Tempoh Promosi.

Tarikh Tuntutan/Serahan Hadiah

Hadiah akan diproses untuk dihantar kepada Pemenang dalam Tempoh 6 – 8 Minggu selepas tamat Tempoh Promosi. Penghantaran hadiah terhad untuk alamat di Malaysia sahaja. Penganjur berhak untuk melanjutkan tempoh masa yang dinyatakan di bawah klausa ini diatas sebab-sebab di luar kawalan Penganjur.

Penggunaan Baucar-Baucar JD Sports Fashion Sdn Bhd tertakluk kepada Terma & Syarat JD Sports Fashion Sdn Bhd.

Semua Hadiah PIN Tambah Nilai Touch ’n Go eWallet akan diproses untuk dihantar kepada pemenang melalui aplikasi WhatsApp. Penggunaan Touch 'n Go eWallet Reload PIN tertakluk pada Terma & Syarat Touch 'n Go; https://www.touchngo.com.my/policies/terms-conditions

Hadiah mesti dituntut dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh pengumuman pemenang atau notis tuntutan hadiah, yang mana dulu, jika gagal akan menyebabkan pembatalan dan pelucutan hak Hadiah. Penganjur berhak untuk melanjutkan tempoh masa yang dinyatakan di bawah klausa ini kerana sebab-sebab di luar kawalan Penganjur.

Penganjur tidak akan dipertanggungjawabkan diatas semua liabiliti yang timbul daripada sebarang penangguhan, pembatalan, kelewatan atau perubahan atau pengubahsuaian kepada Promosi atau Hadiah atau disebabkan oleh keadaan lain yang tidak dijangka di luar kawalan Penganjur seperti gangguan kerajaan, kekecohan awam, rusuhan, perang, mogok, tindakan keganasan (termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang tindakan keganasan, permusuhan, kecemasan kebangsaan, berlakunya sebarang wabak / wabak pandemik) dan untuk apa-apa tindakan atau keingkaran oleh mana-mana pembekal atau pihak ketiga.

Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang berlaku kepada hadiah semasa proses penghantaran. Sebarang kos tambahan lain (iaitu, perbelanjaan perjalanan, kos pengangkutan, duti dan cukai) yang terlibat untuk menebus atau mengambil hadiah dan/atau hadiah gantian akan ditanggung oleh pemenang dengan kos mereka sendiri.

Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah yang dimenangi dengan hadiah lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Tiada alternatif tunai atau bayaran balik akan ditawarkan.

Semua pemenang mesti, atas permintaan Penganjur, menyediakan dokumen pengenalan yang diminta serta Bukti Pembelian asal (dalam hardcopy) untuk pengesahan sebelum penghantaran hadiah. Kegagalan mengemukakan mana-mana dokumen di atas dalam tempoh masa yang ditetapkan akan menyebabkan pelucutan hak pemenang dan pelucutan hak keatas hadiah.

Lain-lain

Peserta boleh menghantar seberapa banyak Penyertaan yang diingini tetapi setiap Penyertaan mesti disertakan dengan Bukti Pembelian dan maklumat yang lengkap. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan Bukti Pembelian yang salah, tidak lengkap atau tidak jelas. Sebarang Penyertaan yang mengandungi unsur-unsur dakwaan atau fitnah, melibatkan peniruan, melanggari (atau mungkin melanggari) sebarang hak cipta, tanda dagangan, atau apa-apa hak harta intelektual atau hak proprietari mana-mana entiti, bagi yang masih hidup mahupun yang sudah mati (termasuk hak-hak privasi, publisiti atau gambaran yang palsu) akan dilucutkan hak secara automatik.

Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai, dan dipindah milik.

Pihak Penganjur dan kesemua pihak yang terlibat dalam Promosi ini termasuk pengarah, pegawai dan ejen adalah tidak bertanggungjawab terhadap yang berikut: -

  1. Campur tangan oleh pihak yang tidak berkenaan;
  2. Kesilapan manusia dan kegagalan elektronik/teknikal dalam pentadbiran Promosi ini;
  3. Sebarang Penyertaan yang salah dihantar atau tidak diterima atas apa – apa sebab.
  4. Semua liabiliti (termasuk kematian) yang terlibat sama ada disebabkan penggunaan hadiah dan/atau Penyertaannya dalam Promosi ini secara langsung atau tidak langsung.
  5. Semua liabiliti yang berpunca akibat keingkaran Pemenang mematuhi undang-undang Malaysia atau peraturan yang ditetapkan mana-mana pihak dalam penggunaan Hadiah tersebut.

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Peserta bersetuju untuk mengetepikan apa-apa hak yang berkenaan dengan kerugian atau kerosakan yang timbul dengan penggunaan hadiah atau Penyertaan Peserta dalam Promosi ini terhadap Pihak Penganjur dan/atau pegawai, pekerja, wakil dan/atau agensi terlantik (termasuk pembekal atau mana-mana pihak ketiga).

Dengan menyertai Promosi ini dan penerimaan hadiah, pemenang bersetuju dan memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur untuk menggunakan nama, alamat, gambar, butiran peribadi, dokumen, dan maklumat tanpa sebarang bayaran royalti atau bayaran pampasan untuk tujuan pengiklanan dan semua bentuk publisiti yang lain, termasuk, tanpa had kepada sebarang rakaman berkaitan dengan Promosi ini dari semasa ke semasa.

Semua Bukti Pembelian yang dikemukakan untuk Promosi ini akan menjadi hak milik Pihak Penganjur.

Pihak Penganjur berhak mengubah, membatal, menamatkan, menangguhkan atau menggantung Promosi ini dengan memberi notis terlebih dahulu dilaman https://www.gardenia.com.my/ dan tanpa menanggung sebarang liabiliti terhadap sesiapa, pada bila-bila masa termasuk mengubah Tempoh Promosi, membuat penggantian hadiah, membatalkan atau menamatkan atau menggantung Promosi secara keseluruhan atau sebahagian. Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada Terma dan Syarat, Peserta bersetuju bahawa Penyertaan Peserta berterusan di dalam Promosi ini menandakan penerimaan mereka terhadap Terma dan Syarat (sebagaimana yang diubah). Peserta tidak berhak untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan daripada Pihak Penganjur bagi sebarang kerugian yang dialami.

Dengan menyertai Promosi ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. bagi tujuan pemprosesan dan juga tidak dihadkan kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti pemasaran berkenaan produk dan tawaran terbaru kami berserta sebarang tujuan pengemaskinian yang diperlukan oleh pihak kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia:https://www.gardenia.com.my/ms/polisi-dan-privasi.

Untuk pertanyaan lanjut tentang promosi ini, sila hubungi Hotline 019-7207919, Isnin – Jumaat, 10 pagi – 5 petang kecuali cuti umum.